>>
  Oleh : Guly

Jumaat,7.00 malam
Aku baru keluar rumah sebab hujan turun dengan lebatnya pada petang itu membuatkan aku agak lewat untuk ke KL Sentral. Dari rumah aku dah menjinjing sebungkus plastik besar berisi Tshirt RMDC untuk xtvt Yong Yap .Sampai je kat kl sentral aku tengok bebudak ni dah ramai berkumpul di depan McDonel, sambil bertepuk tangan menyambut kedatangan aku, padahal derang tepuk tangan bukan sebab aku, tapi sebab menungu baju yang aku bawak keh keh keh, tepuk tangan tu saje ambik hati aku ler tu..ahaks!! Betterman terus membahagikan tshirt dan membahagikan rations askar kepada semua ahli YY.aku tengok ada juga ahli MDC yang tidak pergi tapi datang untuk menghantar kitaorg berangkat ke sg siput, sapa lagi kalau bukan nieta n danish, pink buchuk,ajib, tawil n mrs dan juga nuryta (err ada nama tertinggal ke?)

Jumaat,8.00-12.00 tengahmalam
Kita org semua dah berada di luar keretapi sambil Lipan mula menjadi jurugambar rasmi untuk xtvt kali ini.setelah semua masuk kedalam keretapi maka keretapi pun jalannnnn dan memasing telah mengambil posisi yang di jangkakan menarik untuk keselesaan diri. dan seperti biasalah bebudak ni semua memula semua hyper aktif, almaklumla badan tengah panas walaupun dalam keretapi berair-cond. Lipan memulakan taklimat pertama dalam pembahagian tugas dan beberapa info penting xpdc.

Dalam pada masa inilah ada yang dok main daun terup la, ada yang bergambar la ada jugak yang terus buat tohi mata, kengkunun nak jaga stamina ahaks!! sapa lagi kalau bukan ketua projek si betterman ahaks!! Lipan aku tak tau la apa angin kus kus dia leh layan lepak kat area smoking duk berbual dengan sorang brader askar. Brader tu plak kaki berborak pok pek pok pek pok pek, aku dah tak larat nak layan brader tu so aku lepak kat kerusi je, kengkunun nak tido lah juga ahaks!! tapi apa kan daya mata ku takleh nak lelap sangat, dapat tido² ayam serama je, kiut dan comel.ahaks!!

menjelang kul 12.00 tgh malam aku, bett, lipan dan memi(acidkid) lepak kat cafe duk minum air panas dan berbincang tentang xpdc yang bakal berlangsung. Tak lama kemudian datang lah tenuk² malaya yang lain mengjoin kan diri bersama, masa ni semua perut dah lapor sebab sejukan, tapi nasib baiklah ada pokcik yang naik dari mana ntah siap pakai baju melayu pink lagi duk jual nasi lemak dalam raga, maka tenuk² malaya ni semua mengambil kesempatan membeli nasi lemak pokcik berbaju melayu pink itu tadi.

Sabtu 2.00 pagi
kitaorang sampai ke stesen keretapi dalam kul 2 pagi lah, memula mata memang dah ngantuk tapi bila dah pasang ground kat stesen keretapi tu ramai plak yang tak tido, semua duk baring buat² tido tapi ada gak mulut yang tot tet tot tet tot tet berbual, sapa lagi kalau bukan budak tahun 80an si Jimi tu , hahahhah dalam kul 3 pagi kut akurasa majoriti semua dah berlayar melayan perasaan ahaks!!. kul 5.40 semua bangun untuk besiap sedia menaiki bas ke Lasah bandar koboi tempat tinggal Ah Hee .

Sabtu 6.00 pagi
hampir 13 org berjaya menaiki bas menuju ke Lasah dan yang bakinya kena tinggal bas sebab kelembapan berlaku . ahaks!! drebar bas tu memang tak kasi can punya, tepat kul 6 pagi dia terus jalan takde nak tunggu² walaupun kitaorg cakap ada lagi kengkawan kat belakang, tapi drebar bas tu buat tak tau je macam dia di lahirkan seperti mesin, dia buat derk je terus jalan tanpa tunggu tenuk² yang lain. Maka terpaksalah group tenuk yang tertinggal kat belakang tu naik bas pukul 7 pagi pulak, sampai je di Lasah Ah Hee dah menunggu kat tepi jalan dengan berseluar pendek macam apek jual kangkung, padahal poket tebal tu beb.ahaks!!!!.

Pagi tu kitaorang semua layan makan nasi lemak,cucur pisang, karipap kat kedai mokcik depan kedai Ah Hee, dan sejam kemuadian muncullah golongan tenuk yang di tinggalkan bas tadi dgn wajah yang ceria dan sesuci embun pagi.Lepas makan semua bersiap sedia untuk menaiki Hilux Ah Hee, seperti yang di rancang ada kumpulan Mak yong dan Yap Ah loy untuk pembahagian hilux tetapi di sebabkan beberapa kes, 2 kumpulan itu terpaksa di bubarkan dan hilux yang di pandu oleh bapak Ah Hee membawa beg dan 5 ekor tenuk iaitu bett, tojen ,lipan, lotfier dan pogolix .Hilux diaorang gerak dulu manakala hilux Ah Hee terpaksa jalan gerak lambat skit sebab menanti aku yang terpaksa ke tandas..hehheeheh well gua kena kasi buang apa yang patut dulu anti tak ler terkucir di tengah jalan..hehehehehee.

perjalanan di atas hilux begitu menggumbirakan, sambil bertepuk tangan kitaorang menanyi, dari lagu jiwang, lagu zaman sekolah, lagu dangdut, lagu rock kapak , lagu nasyid hinggalah ke lagu maal hijrah pun kita orang bantai nyanyi. Dalam perjalanan ke Kuala Mu , jalan dia memang bumping² la dan kitaorang melalui kawasan rumah org asli, aku tak tau la apa nama kg tu semua tapi yang aku ingat selepas sejam perjalanan mula dah naik bosan,tiadalagi rasa keindahan alam, amoi,chim dan aku mula pening² lalat, nak nyanyi pun dah takde mood nak borak memang dah malas la dan time inilah baru si budak tahun 80an tu mula nak bising, time nilah baru nak nyanyi, time ni lah baru nak pok pek pok pek, rasa nak aku sepak² je budak Jimi tu hahhahahahhaah. amoi dan mula muntah², mata aku dah mula stim , tekak dah kembang so aku just layan pejam mata je, sesedar dah sampai ke Kuala Mu.

Sabtu 11.00 pagi
perjalanan ke pondok 2 bermula dengan langkah segak dan penuh bergaya, bersih dan damai perjalanan dari kg org asli ni, ada jambatan buluh beb air dia cun je... akan tetapi!!!! aiyakkkkkkkkk selepas je jambatan buluh tu bukit baikkkkkk punya mencanak, aku dah rasa nak patah balik je lepak kat kuala mu, aku time ni tergolong dalam group sweeper bersama lipan, bett dan uda (guide).Lipan cucuk angin baikkkkk punya dari belakang... aku dah mula rasa tekanan perasaan, tetiba berselisih dengan nowa yang tetiba turun. " pehal nowa" tanya bett, "aku lupa nak ambil air la.. nak turun bawah jap ", mak aii giler ke apa nowa ni, aku dah berpeluh ni dia bole selamber je nak turun balik gi ambil air.

di suku perjalanan aku dah nampak kelibat bud_buddy , keh keh keh nampaknya bud dah pancit adalah geng aku ahaks!! dan tak jauh di depan bud aku nampak amoi dah terhoyong hayang macam lalang, tapi still menten langkah kaki dia. aku sempat potong bud dan time ni lipan dah lepas kedepan bersama uda. bett lepak belakang jadi sweeper dengan bud, aku terus hayun langkah seribu dan sempat la bett pesan kat aku " bai jgn jalan sorang sini banyak maybank ", so aku jalan jauh skit je dari bett dan bud sambil sesekali aku menoleh kebelakang, sampai je kat balak terbakar si nowa dah tunggu aku dan time kat sini aku sempat memperkenalkan makanan hutan masa aku duk cameron dulu kat nowa, apalagi buah starberry hutannnnn..wow lepas rindu aku nak makan buah yang dah hampir 18 tahun aku tinggalkan.sempat petik dengan nowa 8-9 biji pastu jalan depan skit bebudak ni dah take 5 rupanya. lipan merakam gambar aku dan tenuk² yang lain bersorak. dalam hati aku terasa betul aku ni lembab nak mampos sure derang boring tunggu aku..wakakkakakaak.

Sabtu 1.30 tghari
semua dah lega sebab take 5 so perjalanan track balak bermula dengan cuaca yang sungguh panas, perrghhhhhhhh rasa macam kat afrika, aku nampak ada lah sekor dua tenuk duk pakai sun block... so aku malas la nak pk pasal sun block ni semua sebab aku dah tau aku ni memang hitam wakakkakakaka, pakai sun block pun tak guna ahaks!!. matahari memang terpacak baikkkk punya atas kepala.. semua dah tersengeh macam beruk menahan panas. memula jalan dia landai skit la, pastu apa lagi.... nun jauh disana kelihatan sayupppppppppppp je mencanak keatas, memasing dah hilang kawalan diri aku dah mula rasa tekak aku serak² kering...ramli sarip pun kalah. aku just layan track canak tu dengan hati yang penuh &%^&^$*&^^%#$#@$@$. dekat 2 bukit jugak la dia kasi canak baik cam tu..pergghhhhhh ganassssss ganassssssss!!!! tat kala ini ntah macam mana vanilla coke mula terbayang, gelas yang sejuk berisi air kelapa mula berlegar di kepala aku, air silap greenpark mula berfatamorgana² dan akhir sekali aku macam ternampak² kata² pegoriti yang tengah ketawa terbahak²... arrghhhhhhhhhhh tekanannnnnnn!!!!akan tetapi.. wakakkakaak aku sempat juga menyanyi menghiburan hati yang lara.. kiranya aku masih mampu menanyi.. tak macam erin..wakkakak lu tak taf la erin..ahaks!!mokekekekek

sampai satu peringkat aku tengok bebudak ni dah lepak take 5 so aku pun take 5 la jugak, dan tak berapa lama selepas itu si memi dengan muka yang penuh serius terus berjalan sambil bersuara "go go go 3 minit je lagi kat depan tu" , aku apa lagi dengar je 3 minit lagi, terus angkut beg jalan laaaaaaaa.. bukak step laju la aku ahaks!!!dalam 20 minit jalan tak jumpa gak pondok 1 , si emi dah take 5 kejap dan aku sempat tanya dia "wei kata 3 minit? ni dah dah 20 minit" .. dengan tercungap² memi still mempertahankan kata azimat dia "err errr huh!!! skit lagi 3 minit je" , hmmmmmmmm dengar je perkatan 3 minit keluar dari mulut dia sohih la temberang mamat ni.... arrghhhhhhhh aku malas percaya cakap memi dah, aku terus bukak langkah gemilang macam jalur gemiling malaysia.sambil menyumpah malas nak tengok muka memi..... rasa nak je aku cekik² je mamat tu tadi...arrghhhhhhhhh aku di himpit tekanan macam nasi impit kepala otak aku ni... rasanya akal aku sudah hilang yang tinggal hanya otak je..

kali ni aku berada di kelompok kedua iaitu 10minit sebelum pondok 1, aku, amoi, nuansa dan pisha meningalkan tenuk² lain di belakang sambil di follow rapat oleh padil dan memi, sampai je kat pondok 1 arin dah menunggu untuk meneruskan perjalanan ke pondok 2 dan hampir 45minit masih blom jumpa pondok 2 aku dah naik give up.!!!! arrghhhhhhhh jauh betullah pondok 2 ni dengan pondok 1.Nasib baiklah perjalanan ke pondok dua ni landai nak mampos so bole la laju skit.

Sabtu 3.00 petang
kitaorang semua melepak makan dan minum tengahari kat waterpoint sebelum pondok 2, lepak kat sini agak syok skit la sebab sungai dia sejuk dan jernih terasa je aku nak mandi manda.. tapi kalau aku mandi nanti sejuk plak madan kompem lemah badan nak naik puncak.. so aku just masuh muka dan merendamkan kaki aku je... menu kitaorang kali ni nasi impit sama serunding,sambal ikan bilis dan kurma daging. hmmmmmm memang lapor giler beb!! perut aku dah berkeroncong untuk ana macam lagu versi thrash metal... nasib baik tak jadi macam AMUK YEAA YEARGHHHHH!!!.

pukyul 4.00 petang geng tenuk pertama dah gerak dulu yang di angotai oleh lotfier,jimi, arin, padil,cipoi,yiiha,sham dan pulut hitam . aku agak lewat skit dan ketika aku gerak tarak sapa di belakang aku dan tarak siapa di depan aku.. aiseymennnnnn gua jalan sengsorang rupanya arrghhhh takleh jadi ni.. laju betul bebudak depan ni.. aku try kejar derang dan sampai je kat pondok 2 padil dah menunggu aku dan secara otomatik padil jadi sweeper aku... selepas 15 minit dari pondok2 track dia still landai dan kemudiannya..JENG JENG JENG!! aku nampak geng tenuk pertama dah memulakan acara tercungap beramai² dan aku terus follow rapat. perghhhhhhhhh memang canak siottttt!!!! aku bukan step baik punya nak kejar geng pertama akan tetapi.. tengah syok aku susun step.. " go go go guly 3 minit je lagi" .. aku terus toleh belakang si memi dah cucuk angin baikkkkk punya.. arrghhhhhhhhhh tensen tensennnn.. macammana la tenuk ni leh tetiba berada di belakang aku... malas nak rasa tertekan aku suruh dia potong aku... dan dia menjadi orang yang bertanggung jawab untuk push geng pertama terus mara maju maju dan terus maju... tat kala ini aku lihat dia mejadi sweeper geng pertama.. "cepat cipoiii cepattt..go goo... guly kat belakang tu" ... memi bersuara memberi semangat pada cipoi.. oleh itu secara otomatik memi dah jadi ORANG MINYAK .. keh keh keh

"gulyyyyyyyy cepat skitttttttt" .. jerit memi... " ko diamlah" sahut aku balik dengan harapan dia berhenti pok pek pok pek di depan aku... aku membiarkan geng pertama pergi dulu, malas nak jalan reramai nanti aku hilang kawalan diri.. so aku ambil keputusan untuk stay berdua dengan padil... susun step slow balik sebab padil ngadu sakit perut sebab makan terlalu banyak daging kurma dan nasi impit. kali ni enjin aku bebetul dah panas aku tetap mentenkan step aku.. padil agak jauh ketingalan dan aku terpaksa menunggu dia sebentar. padil time ni memang nampak dah kurang upaya disebabkan effect daging kurma dah sampai ke telinga.. " telinga aku panas la guly" ... so aku dengan padil susun steop slow skit walaupun enjin aku dah panas... nampaknya gua jadi sweeper padil kali ni..kuang kuang kuangggggggg!!!!so aku ajak padil lepak dulu sebab dia kata nak lelap kejap untuk tenangkan badan dia....so aku pasang rokok suria dulu dan selepas beberapa minit padil tido ayam dia plak mintak nak layan rokok suria. dalam 15 minit melepak..tengah syok berbual dengan padil.. tetibaa "kaymonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn "... aku cam sangat suara tonyet tu.. siapa lagi kalau bukan si tojen n the geng dah sampai heheeheheh. chim, nuansa,pogo dan uda join melepak sama.

Selepas take 5 yang memakan masa 20 minit tu padil terus jalan dulu dan aku follow belakang... kali ni aku tengok padil dah bertenanga sambil tersengeh dia bersuara "hahahhaha guly telinga aku dah sejukkkk" ... pergghhhh apa lagi terus bukak turbo la padil.. aku apa lagi bukak 4x4 hilux ah hee la..wakakakaka try la follow rapat..hmmmmm alhamdulilah step memasing menten laju, sambil tu padil interview aku itu ini ... dan dia racun aku untuk ke Gunung Tahan plak..heheheehh. time ni geng tojen aku dah tak nampak kelibat dah.. pogo kaki krem!! sian dia.. nasib baik ada nurse murni tu..ahaks!!... aku dengan padil terus maju maju maju dan maju cuma sesekali berhenti ambil nafas.. cuaca plak dah nak gelap.. sempat la yalan sunset dengan padil kat area puncak tipu yang berlumut tu... merahhhhh je sunset lawa siot.. walaupun tak nampak jelas.

Sabtu 7.45 malam
aku dengan padil sampai ke port geng tenuk pertama..heheheeh rupanya jimi, arin dan lotfier dah kedepan dahulu..aku tengok sham,yiiha,memi,cipoi dan pulut hitam memasing dah macam ayam togel kesejukan..ahaks!! mengeletar je semuanya.. mana tidaknya tempat port derang bebetul kws laluan angin.. mau tak sejuk. so kat sini lama gak ler we all take 5.. makan apa yang patut dan minum apa yang ada. time ni aku terpaksa charge balik kaki aku.. sapu minyak panas nak pakai sweter. lepas isap rokok 2-3 batang baru kitaorang gerak dan sampai je kat last water point we all jumpa jimi, lotfier dan arin tengah kesejukan... jimi dah macam smeagol wakakakakkak.

selepas berbincang itu ini dalam kul 9 jugak gerak ke puncak dari last water point.. time ni aku dah kepanasan so aku kasi jimi pinjam sweeter aku dan dia jadi sweeper. arin jalan depan di ikuti oleh lotfier dan aku di belakang... perrghhhhhhh betul punya canak kali ni.. lagi teruk dari memula panjat tadi.kaw kaw dia kasi... lagi kaw dari kopi kapal api ahahahahah lotfier dan arin dah mula hilang dari pandangan mata aku.. dan secara otomatik we all dah jadi group kedua. aku di depan dan jimi selaku sweper sambil memegang lantern.time ni aku memang takleh nak cakap banyak sebab penat dan kesejukan... jimi plak dari belakang sibuk nak tanya itu ini.. sapa pegang fly la, sapa pegang gas la... aku dah tak banyak tenaga....lagi dia mau ajak berborak.... nak je aku sepak² budak tahun 80an tu untuk kali kedua..heehehehheheh. pencanakan kali ini memang 90 darjah, lutut aku memang dah cecah dagu.. agaknya kalau aku terer buleh dagu ke dahi kut..ahaks!! mata memang mengantuk dan aku memang beberapa kali menguap. yiiha lepak belakang aku dan sham di belakang yiiha.

tenaga 4 kerat memang di perlukan sepenuhnya time ini, track basah dan berlumut serta berlumpur..arrggghhh tensen betul, sehinggakan Pulut hitam cakap " giler betul nak habiskan tracking akhir ni.. aku tengok cipoi dah merangkak macam rimau" wakakakaka.. sohih ni sorang lagi ORANG MINYAK selepas memi...nampaknya cipoi menjadi mangsa 2 ekor tenuk yang bertukar jadi orang minyak...ahhaahha..jerit panggil lotfier tapi tarak pun yang menyahut..sah derang dah jauh di atas..aku semakin tensen 10 minit jalan aku take 5 sehingakan last take 5 aku terpaksa lelapkan skit mata aku, nasib baik la bebudak ni semua bukan jenis push sangat so tak ler tertekan sangat cuma mental aku memang dah slow down, 4x4 ah hee aku pun dah kehabisan minyak yang tinggal hanya saki baki je lagi. lepas dapat lelap aku rasa cas cas positif aku dah kembali pulih.. yesssss!!! go go go aku laungkan "BERUSAHAAAAAAA" seperti di report whitecabai untuk kekuatan mental aku... yearrghhhhh aku terus maju dan bintang² di langit mula kelihatan, pokok renek mula mengelilingi aku.. aku takmo take 5 dah.. bebudak kat belakang semua nampaknya dah ok..terus mara dan maju sehinggalah terdengar laungan "woooooo" dari puncak dan "cepatttttttt skit lagi beb" . yessss akhirnya aku sampai ke puncak YONG YAP pada pukul 10.45 malam dan di sambut oleh lotfier dan arin yang tiba pada pukul 10.20 malam. Yahooooooooooooooooooooooo

Sabtu 10.45 malam
setibanya di puncak setelah bersalam²an tanda kejayaan, sessi bergambar bermula untuk group pertama dan kedua.. aku bergambar sambil baring je.. tak larat nak bangun dah... lepas ambil gambar aku terus tertido atas ground yang belum di pasang fly. malam tu derang decide just makan maggie je.. takde sapa yang dah larat nak masak nasi memalam buta. oleh itu group terakhir yang tiba adalah bud,lipan,pozihusin dan nowa iaitu pada 1.25 pagi. ZzZzzzzzzzzzzZzzzZZZZZZZzzzzzzzz