>>
 

Oleh - apip

Buat pengiat-pengiat kegiatan mendaki & pembaca budiman, Sedikit coretan sepanjang ekspedisi kami Merentas G. Talamau – G. Pasaman, Sumatera Barat Indonesia. 7/6/2005 -13/6/2005

Ekspedisi ini adalah rentetan dari ekspedisi terdahulu http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?5.0000000721

G.Talamau (2912m dpl)
Gunung ini adalah gunung tertinggi di Sumatera Barat. Gunung berapi pendam ini dikatakan cukup terawat, indah dan mempunyai 13 telaga di atasnya.

G. Pasaman(2190m dpl)
Gunung ini sebaris dengan G. Talamau juga adalah gunung valcano tidak aktif.

Setelah hampir setengah tahun Apip & Paei merancang ekspedisi ini, akhirnya kami dapat merialisasikan. Berkumpul semua ahli ekspedisi di KLIA.

Apip & isteri, Eryn ke KLIA dibawa dengan kereta Budin yang terpaksa melupakan hasrat bersama setelah cuti kena diskaun. Mujur tempat Budin diganti oleh Arey. Lipan & isteri, Nieta pula mengisi kekosongan tempat Jojet yang baru 2 hari melansungkan perkahwinan & Uncle Yusof yang telah berusia lebih 60tahun. Deeno & Saf terpaksa menarik diri kerana hal keluarga. Jadilah kami berenam orang.

Kapalterbang & Petrol Tumpah

Arey: Aku dah beli petrol
Apip: errrk bukan kita nak beli di Indonesia
Arey: hehehe
Apip: harap-harap tak jadi masalah


Jam 5:00 pagi kami semua packing barang-barang dalam haversack, kemudian terus pergi check-in.

Berat bagasi kami sudah melebihi had, kena pula bayar duit tambahan. Paling berat haversack Arey. 28KG, orang gagahlah katakan.

Lepas solat subuh kami masuk ke Balai Berlepas, Sebotol petrol yang dijinjing Paei lepas, Lega satu perkara.

Tepat Jam 7:50 kapalterbang kami mula bergerak, seterusnya terbang merentasi Selat Melaka. Cuaca agak baik pagi ni.

Dalam kapalterbang Paei & Arey mula buka bekalan roti canai tanpa mempedulikan pramugari AirAsia.

Apip: Paei, minyak bau minyak gas, meh aku pegang. Kau makan elok-elok.
Paei: emmm


Penutup botol minyak gas Paei agak longar dan meleleh sidikit petrol bila tersenget. Tak pasal-pasal meleleh dan tumpah ke seluar Apip pula. Pedih pula rasa kena petrol. Kena pergi tandas ni.

“Pak bawak minyal apa pak?” tanya pramugari. Dengan muka tak bersalah, tak dilayan pramugari tu. Botol petrol telah bertukar tangan. Kini pada Arey pula yang duduk dibangku belakang. Bau kuah kari roti canai Paei & Arey sekurang-kurangnya mengurangkan bau petrol. Tidak dilayan, pramugari terus beredar.

Jam 8:00 waktu tempatan kapalterbang telah berada di ruang udara Padang. Jelas kelihatan Puncak G. Marapi & G. Singgalang dari tingkap kapalterbang. Saja kami naikkan semangat Lipan & Nieta untuk menawan puncak itu suatu masa nanti.

Kapal terbang selamat mendarat di Lapanganterbang Tabing Padang, Padang. Selesai urusan imigresen kami semua keluar dari Balai Menunggu kira-kira jam 8:50 pagi.

Perjalanan ke Desa Pinaga

Keluar dari lapangan terbang, terus Apip mencari Wartel untuk menalifon saudara Max, Moderator Highcamp wilayah Sumatera Barat seperti yang dijanjikan. Kesudian Max membantu kami mendapatkan transport ke Desa Pinaga, Pasaman amat dihargai. Memangandkan kami perlu bersarapan, jam 10:30pagi masa dijanjikan. Kami hanya tunggu di Lapangan Terbang tanpa perlu ke Minang Plaza.

Bersarapan kami di Warung di Lapangan Terbang. Ada yang makan soto, ada yang makan mee, Paei terus memesan teh telur. Aman kami duduk berborak disini. Sejam didalam warung, kami keluar ke bangku panjang depan Wartel tempat kami janji bertemu Max.

Tepat jam 10:30 Yuni, seorang Mapala dari sebuah universitas di Padang datang membawa kabar Max datang lewat sedikit. Berkenalan dan bersembang tentang gunung yang akan kami daki. Nampaknya hanya G. Talamau yang dapat dikongsikan. G. Pasaman kabarnya tidak didaki kerana hutannya sulit dan rapat-rapat.

Hampir jam 11:00 Max tiba, berkenalan kami, sayang sekali, cenderamata untuk Max tertinggal masa ke KLIA. Hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga dapat diluahkan. Max mendapatkan kami 2 kenderaan Kijang dengan kos yang lebih rendah dari dijanjikan. Ada kenderaan kempen Kepala Desa yang hendak pulang ke Simpang Ampek. Kira kami hanya bayar duit kopi.

Apip: Korang perasan tak muka Max seiras Pogo
Lipan & Paei: a'ah


Matahari dah mula condong, perjalanan kami masih jauh lagi. Pemandu kami minta berhenti makan tengahari. Kami yang telah membeli bekal nasi bungkus di Lapangan Terbang makan nasi kami ditambah pula lauk Kepala Ikan masak lemak. Lemak dan lazat sekali. Selesai makan kami meneruskan perjalanan setelah membayar makanan kami dan pemandu kami sama, ada masanya menyusuri Lautan Hindi, masuk ke Kabupaten Pasaman jelas tersergam sederetan G. Pasaman.

Seperti pepatah lama Minangkabau
,,, nan seliliek gunuang Merapi,
nan saedaran gunuang Pasaman.


Jam 2:30 kami tiba di Simpang Ampek. Sebuah pekan kecil bersimpang empat. Kami diturunkan disini. Dari sini kami menyewa ankutan desa ke Desa Pinaga. Memandangkan kami orang asing, Harga yang dikenakan agak tinggi dari sepatutnya. 10 minit kemudian kami tiba di Starting Point ke G. Talamau. Terdapat papan tanda ‘Objek Wisata' G. Talamau ditepi jalan.

Disambut hujan

Elok saja kami turun dari angkutan desa, hujan turun renyai-renyai. Berteduh kami di depan sebuah rumah yang masih dalam pembinaan bertentangan dengan Starting Point.

Siap kami bersalin pakaian trekking hujan pun reda. Alamdulillah. Bergambar kami disini sebelum memulakan pendakian seterusnya berdoa moga selamat dan dipelihara sepanjang ekspidisi kami.

Apip: Arey pantas sikit, orang lain semua dah bersiap.
Arey: Korang jalan dulu.
Apip: Kita datang sama-sama, gerak biar sama-sama.


Arey pendaki paling muda dalam kumpulan kami. Jam 3:40 kami semua memulakan trekking menyusuri tali air sawah bendang dan kebun-kebun.

Hari semakin petang, tiba di kunci air, kami berehat sebentar, menunaikan solat. Laluan kami seterusnya mendaki bukit, kebun-kebun cili dan terung. Lalu ditengah kebun agak sukar kami mengenal pasti trail sebenar. Jauh juga kawasan kebun disini. Seterusnya kami masuk pula kebun getah.

5:45petang kami semua sampai di Bukit Harimau Campo. Papan tanda selamat datang ke Objek Wisata G. Talamau menceriakan hati kami. Di bukit ini ada sebuah pondok dihuni oleh seorang pendaki gunung seorang diri. Abang Daniel.

Eryn: Assalammualaikum, Pak Daniel ye
A.Daniel: bukan, saya enggak bapaknya Daniel.
Eryn: aiii????
A.Daniel: Saya Daniel, bukan bapaknya.


Ketibaan kami disambut mesra oleh bang Daniel. Kang Ronny, Moderator Highcamp wilayah Bandung yang kabarnya berada disini dimaklumkan telah pulang. Tidak dapatlah bersua muka. Sebelum senja berlabuh, kami diajak mengambil air di Air Terjun Puti Lenggo Geni. Bergegas pula kami dengan segala botol yang ada.

Air Terjun Puti Lenggo Geni tidak berapa jauh dari Bukit Harimau Campo tapi jauh dibawah cerun curam. Tali ada diikat bagi memudahkan turun dan naik ke air terjun ini. Langkah demi langkah kami mengorak tapi tak sampai-sampai ke air terjun. Terbayang saat nak mendaki balik nanti. Kalau di G. Batu Puteh mau lima kali ganda air terjun nak terbunuh lalaun ni.

Tiba di pinggir air terjun ini saat senja, keadaan sudah samar-samar. Air terjun yang tinggi kira-kira 250m ini mengalir air yang cukup dingin dan mempunyai kolam yang sederhana besar paras pinggang dalamnya. Hampir sama air terjun ini dengan Air Terjun Langanan, Poring, Sabah juga Air Terjun Pancharo, Sungai Penuh, Jambi.


Air Terjun Puti Lenggo Geni


Percikan air terjun terasa walau berada dipinggir air terjun. Agak sukar kami merakam bergambar. Selesai mandi kami berangkat kembali ke pondok bang Daniel. Begitu sukar mendaki kembali dengan botol-botol yang penuh hanya menggunakan beg plastik. Sampai koyak-koyak beg plastik. Cuma keadaan malam mengurangkan jarak penglihatan kami untuk menduga tinggi lurah yang didaki.


Air Terjun Pancaro - Jambi


Setiba kami di pondok, sekali lagi kami disambut dengan hujan. Nasib baik haversack kami diletak diberanda pondok. Tanpa membuang masa, makan malam disediakan Eryn dan Nieta. Nasi ayam menjadi santapan kami malam ini.

Sementara makan malam siap, bang Daniel sempat menunjukkan demonstasi membuat dapur spirit menggunakan tin minuman ringan. Dihadiah pada kami. Rajin juga bang Daniel bercerita dan berseloroh. Sambil-sambil tu bang Daniel bersembang dengan teman-teman di desa dan di kota menggunakan alat radio komunikasi.

Bang Daniel seorang pendaki Indonesia, kelahiran Pasaman telah mendaki 36 gunung di Indonesia. Berita bang Daniel juga sering keluar di akbar. Keratan-keratan akbar dilekat di papan notis depan pintu pondoknya.

B.Daniel: Tenda kamu bagaimana?
Apip: Kami semua tenda berdua, saya dengan isteri, Lipan dengan isteri, yang cowok tu berdua.
B.Daniel: Bagi ku tengok sijil nikahnya. Ndak apa-apa kan?
Apip: ahhh bisa, di Malaysia pun, kena tunjuk sijil nikah, tapi di hotel lah.


Beginilah peraturan disini, pendaki lelaki tidak dibenarkan tidur satu khemah dengan pendaki wanita yang bukan suami-isteri. Wilayah yang masih utuh pegangan Islam ini tetap dijadikan dijaga. Tidak ragu lagi pada kami, kami masuk ke khemah masing-masing. Paei & Arey hanya bermalam di beranda.

Apip: Bang Daniel, minta tolong tengok-tengok ye, Paei & Arey tu. Tu pasangan belum ada sijil. Masih boleh diragukan.
B.Daniel: Bisa. hehe



Mara ke Puncak

Pagi ni kami bangun dengan semangat mara ke Puncak Talakmau. Dari Bukit Harimau Campo jelas kelihatan Lautan Hindi. Di balik pondok bang Daniel pula tersergam G. Talamau.

Tak puas merakam gambar Air Terjun Puti Lenggo Geni semalam, Paei dan Arey turun kembali ke air terjun tu. Sambil tu sarapan pagi disediakan. Bang Daniel juga sibuk menanak nasi untuk bekalan dia sebagai guide kami.

Siap berkemas dan sarapan bersama, kami mula mara ke puncak jam 8:30pagi. Bang Daniel membawa segelung tali sepanjang 30meter untuk diikat di Batu Janjang bagi memudahkan pendaki-pendaki yang lalu di situ. Memandangkan kami tidak membawa videocamera, bang Daniel menawarkan diri merakam ekspedisi kami dengan sedikit kos.

Trail kami agak landai, hutan disini lembab dan banyak pacat. Mujurlah suasana ini agak biasa di hutan Malaysia. Jam 10:15 kami melintas anak sungai, sumber air yang pertama sepanjang trail. Sesekali burung enggang terbang melintas kami. Jelas kedengaran deruan angin kepak burung enggang di tengah rimba yang sunyi.

15 minit kemudian kami tiba di Pos Rindu Alam. Berehat sebentar. Pos ini terletak bersebelahan sungai. Tapak khemah seluas 4-5 khemah. Cuma pacat masih banyak disini. Berehat bermakna membuang pacat yang naik ke kaki pada kami. Bang Daniel memintal-mintal pacat yang naik ke tubuhnya.

Mara lagi kami ke puncak, trail jelas kelihatan dan mendaki sedikit. Kami jalan didepan dan bang Daniel dibelakang sekali. Jam 1:35 kami tiba di Pos Bumi Sarasah. Ada pondok beratap zink didirikan disini hasil bang Daniel. Terdapat sungai yang mengalir jernih tidak berapa jauh dari pondok ini. Kabar bang Daniel terdapat satu air terjun kira-kira 150meter menyusuri sungai ini.

Pacat disini agak berkurangan. Kami makan tengahari disini saja, begitu juga bang Daniel. Hendak dihulur roti pita, makanan kami ke bang Daniel. “ndak usah, ku makan nasi” balas bang Daniel.

Jam 2:40 kami mara lagi. Trail lebih mencanak, pacat sudah berkurangan dan terus tiada. Perlahan-perlahan kami daki. Pokok-pokok masih tinggi. Mujur tidak begitu terasa pancaran matahari.

Eryn: take 5 kejab
Apip: takda-takda, ni bukan checkpoint. Kita hanya akan take 5 di checkpoint.
Eryn: nap kejap
Apip: toksah-toksah, misi kita kan jalan tanpa take 5.

Lipan dan Nieta yang turut take 5 minutes brake lantas bergegas sebelum kena tegur secara lansung.

Kira-kira di ketinggian 2300m dpl kami mula melalui trek resam. Panas mentari terasa. Siapa yang pakai baju lengan pendek, calar-balar lengan. Nieta mendahului pendakian.

Hari dah semakin petang, rencana untuk melihat dan merakam gambar matahari terbenam di Telago Puti Sangko Bulan masih samar-samar. Harapan yang diletakkan Eryn, buat Apip mara kedepan memintas Nieta di Pos Pondok Ranah Paninjau jam 5:30.

Ada pondok kecil beratap zink mengadap lautan Hindi. Angin lansung ke pondok. Terdapat alur air berdekatan pos ini. Trail seterusnya makin mencanak menyusuri alur air seterusnya perlu memanjat batu-batu. Pokok resam sudah jarang-jarang.

Matahari hampir terbenam, jam menunjukkan pukul 6:20. Harapan hendak merakam cahaya matahari terbenam seperti foto Hendri Highcamp telah berlalu. Angin bertiup dingin sekali. Pokok besar menjadi sasaran Apip untuk berlindung dari tiupan angin sementara menanti teman-teman yang lain.

Setengah jam kemudian tiba teman-teman yang lain. Lampu picit manjadi teman kami pula. Kami mula berjalan berdekatan. Beberapa minit kemudian msuk kami ke daerah Padang Siranjano, rumputnya setinggi paha dan tanahnya lecak.

Telago Puti Sanko Bulan kami lintas dan pada jam 7:30 malam tibalah kami di basecamp Rajawali yang tidak berapa jauh dari Telago Puti Sanko Bulan.

Kami mendirikan khemah disini. Ada beberapa kawasan khemah disini. Kawasan berdekatan antena radio yang didirikan disini menjadi pilihan bang Daniel.

Sumber air kami ambil dari telaga berdekatan. Malam ni kami makan nasi berlaukkan daging masak kari. Bang Daniel sesekali menegur kami dari dalam khemahnya. Jelas kedengaran bang Daniel bersembang menggunakan radio komunikasinya. Tak sunyilah bang Daniel walau mendaki seorangan.

Kenyang makan kami berborak sambil melihat bintang-bintang dilangit. Indah sekali. Cuaca pun baik. Tengah malam kami pun masuk tidur untuk persiapan hari esok.


Puncak ke Puncak

Seawal jam 4 pagi kami dah bangun. Tukar pakaian trekking, masak air dan bancuh kopi buat pemanas tubuh. Lepas solat subuh terus kami mendaki. Cuaca agak baik, dikatakan hari ini tidak sesejuk kebiasaannya. Khemah kami pun tidak berermbun. Bang Daniel masih menanak nasi. Seperti yang dikatakan bang Daniel 20 minit mendaki kami tiba di puncak G. Talamau.

Puncak tertinggi adalah puncak Rajawali. Ada tiang besi dan kubah masjid diatasnya. Kubah ini dibawa oleh bang Daniel. Panorama matahari terbit tidak berapa menarik hati kami, puncak G. Marapi, G.Singgalang, G.Talang dan G.Tandikat yang menjadi jelas kelihatan mengamit suasana pagi. Juga pergunungan Malintang, G. Togar dan G. Tabih. Puncak G. Pasaman yang sejajar dengan G. Talamau agak terlindung di sebelah selatan gunung ini. Jauh kebawah gunung ini nampak khemah kami dan telaga-telaga bekas kawah gunung berapi.

Bergambar sakan kami. Dari bergambar berkumpulan, berpasagan juga berseorangan. Paei dan Arey juga bergambar perpasangan. Pasangan meragukan. Bang Daniel yang turut bersama kami, merakam aksi-aksi kami.

Kita merencana dan berusaha,
Allah yang memakbulkan.
Alahdulillah selamat kami ke puncak Talamau.


Walaupun gunung ini agak terawat, tidak dijumpai sampai sepanjang pendakian namun batu-batu dipuncak gunung ini tak terlepas dari diconteng. Bang Daniel mengingatkan;Ambil hanya foto, tinggal hanya jejak, buang hanya masa.

Dipuncak, kami sarapan pagi sambil terus melihat matahari naik. Seterusnya kami dibawa bang Daniel ke puncak-puncak lain seperti Puncak Trimatra, Puncak Raja Dewo dan Puncak Raja Dirajo.

Jelajah puncak G.Talamau kami seterusnya ke pintu gua yang belum bernama setelah kami menuruni lurah setinggi kira-kira 65meter. Terdapat satu lagi gua yang agak sukar ke pintu gua. Kemudian kami ke Kawah Belerang. Walaupun asap belerang agak kurang, ini menandakan G.Talamau masih lagi gunung berapi hidup tapi terpendam.

Jam 9:10 kami meninggalkan Kawah Belerang dan naik semula keatas. Lalu kami di Taman Gadih Ranti. Telago Gadih Ranti telah kering. Tidak semua 13 telaga kami temui. Ada telaga yang kering ada yang berair. Sebelum meninggalkan kawasan puncak gunung, lintas kami di persimpangan trail ke Malampah, Pasaman Timur. Bang Daniel menunjukkan kami jalur Malampah ditepi lurah dalam.

Tiba kembali kami di basecamp jam 10:30, terus bergegas kemaskan barang dan packing semula. Bergambar lagi kami di Telago Puti Sanko Bulan berlatarbelakangkan Puncak Talamau. 11:30 baru kami mula trekking ke G. Pasaman.

Memandangkan jarang pendaki ke G. Pasaman, kali terakhir bang Daniel sendiri kesana setahun 0

12:50 kami tiba di Batu Berjanjang (bertangga). Disini bang Daniel memesang tali yang dipikulnya sebelum ini. Cerun Batu Janjang begitu curam dan tali ni boleh memudahkan pendaki-pendaki akan datang. Dari atas Batu Janjang nampak jelas Puncak Pasaman.

Trek Hilang

Kami trekking dalam satu kumpulan, bang Daniel mengepalai kami. Baru 3KM kami meninggalkan G. Talamau, trek hilang. Selang 20 meter ada tanda trek (rambu) samada dari plate, tali atau sebagainya.

Kami disuruh menunggu sebentar, sementara bang Daniel mencari trek. Bila trek dapat dicari, kami meneruskan kembali perjalanan. Emmmm baru beberapa langkah, trek hilang lagi. Beginilah yang sering berlaku.

Ada masanya bang Daniel meletakkan haversacknya, ada masanya pula digalas terus haversacknya sambil kekiri, kekanan mencari tanda trek. Begitu juga kami yang turut membantu.

“Ada” inilah laungan yang bermakna diantara kami menandakan telah jumpa rambu. Sambil menuruni bukit sambil kami mencari trek yang sering hilang.

Ada trek hilang kerana lantai hutan terlalu cerah hingga sukar dipastikan trek sebenar. Ada kalanya pula keadaan terlalu semak hingga menutupi trek.

“Apip kau kekiri, aku ke kanan” kata Bang Daniel bila trek hilang lagi. Dalam hati Apip berharap biar trek sebenar disebelah kiri, kalau tidak mau Apip kena patah balik, mendaki dan kekanan.

Sekejap-sekejap berhenti mencari trek. Ada masa Paei & Arey pula kedepan dan mengepalai perjalanan. Ada masanya Lipan pula, tak ketinggalan turut mencari trek Eryn dan Nieta.

Perjalanan menjadi lambat dek kerana asyik mencari trek. Nasib baik trek menurun bukit, bukan mendaki. Agak pelik juga trek ke G. Pasaman, boleh dikatakan trek zig-zag walau bukan di cerun curam.

Lewat petang baru kami tiba di satu lembah dinamakan Lembah Gumuti. Berehat kami disini. Ada pacat juga disini. Tidak jauh dari lembah ni, ada lopak-lopak air. Penuh berdarah kaki bang Daniel digigit pacat-pacat. Satu-satu pacat dicincang bang Daniel.

Rasa kesian pada bang Daniel, Lipan memberi sepasang stokin baru tapi ditolak bang Daniel. Dimintanya stokin semalam. Rupanya Lipan membawa sepasang stokin untuk sehari. Lima hari ada lima pasang. Berat hati bang Daniel menerima stokin baru. Diberi setokin semalam dan dihadiahkan stokin baru.

Memandangkan perjalanan kami jauh lagi, bang Daniel mengingatkan supaya tidak berjalan malam dalam keadaan trek yang sering hilang. Azam kami untuk sampai ke G.Pasaman hari ini membuatkan bertegang urat sedikit dengan bang Daniel. Kami tak mungkin bermalam disini.

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan. Kali ini mendaki sedikit, mujur tidak mencanak. Nampak G. Pasaman dicelah-celah pohon. Kabarnya kami akan mengeliling G.Pasaman untuk mengelakkan trek mencanak. Kedatangan kami disambut dengan hujan lagi. Jalan tetap jalan. Kami terus trekking.

Selang beberapa langkah trek hilang lagi.Bang Daniel banyak memainkan peranan mencari trek. Kali ini trek tertutup dengan resam pula. Setinggi melepasi kepala kami pokok resam yang tumbuh. Ditengah-tengah trek resam ini ada mata air yang halus tempat sumber air terakhir sebelum tiba di puncak G. Pasaman.

Kami semua berhenti mengisikan air untuk bekalan. Masing-masing membawa tak kurang dari 4 liter seorang. Tanker kami, Arey memikul lebih dari 7liter. Bang Daniel sudah memanggil-manggil kami. Bekalan air bang Daniel sudah diisi sejak hari pertama lagi. Patutlah begitu berat haversack dia.

Nampaknya malam ni kami overtime lagi. Mencari trek yang hilang diwaktu malam lebih sukar lagi. Kami disuruh tunggu saja hingga trek dijumpai. Ada masanya haversack bang Daniel tidak ditemui, entah dimana ditinggalkannya semasa sibuk mencari trek.

Setiap kali berhenti, menunggu bang Daniel kembali mencari trek, agas sibuk menyerang kami. Rasa membesar telinga kami digigit agas.

Jam 8:50 malam, akhirnya tiba kami di Campsite puncak G. Pasaman. Berada diatas permatang dan dikelilingi pokok yang tinggi, udara malam ni kurang dingin. Camsite yang boleh memuatkan 3 khemah kecil ini membuatkan kami hanya mendirikan 1 khemah untuk kaum ibu, bang Daniel satu khemah dan yang lain tidur bawah flysheet.

Selesai urusan khemah, bang Daniel terus melelapkan mata, mengeluh bang Daniel “habis tenagaku dipukul pendaki-pendaki Malaysia” Kami pula sibuk menyiapkan makan malam. Selesai kami makan malam bang Daniel mula bangun dari tidurnya.

Cukup mudah bang Daniel menyediakan makanan. Sambal ikan bilis yang dimasak di pondoknya menjadi lauk sepanjang masa. Nasi pula dimasak sekali sehari dari makan pagi dibawa ke tengahari hingga ke malam.

Seperti malam-malam yang lepas, radio komunikasi bang Daniel mula berbunyi lagi. Sambil makan malam sambil bersembang bang Daniel dengan teman-teman didesa. Setiap kali bersembang, dikabarnya berita kami mendaki G. Talamau-G.Pasaman naik darii Desa Pinaga turun ke Desa Aia Maruek.

Malam ni, sebelum tidur bang Daniel sempat menayakan perjalanan hari esok yang kami rencana ke Bukittinggi lagi 2 hari. Kawan-kawan yang lain bersemangat untuk ke Puncak G. Pasaman seawal subuh sepertimana ke puncak G. Talamau. “tak mungkin” Dalam hati, Apip tidak percaya sama sekali.

Mencipta Rekod

Apip sedar-sedar langit dah cerah, yang lain masih nyenyak tidur. Jenuh kejutkan semua orang. Masing-masing liat nak bangun walaupun malam tadi beriya-iya nak ke puncak seawal subuh.

10 Jun 2005, hanya 5 minit berjalan tercapailah impian kami ke puncak G. Pasaman. Puncaknya dipenuhi pokok-pokok yang tinggi dan berlumut. Tidak ada sebarang tanda puncak selain papan tanda menjaga kebersihan. Ada satu ruang lapang di puncak ini sebesar sebuah khemah berlantaikan rumput tebal. Dicelah-celah pokok nampak matahari terbit di sebalik puncak G.Talamau. Mungkin indah jika ada viewpoint.

Eryn: nak mendaki ke G. Pasaman punyalah banyak papan tanda ‘Pasaman', sampai puncak satu papan tanda Pasaman pun tak ada.
Apip: a'ah, takkan batu tanda pun tak ada?
B.Daniel: Batu tanda tiada sebab Belanda belum pernah sampai sini, tak seperti G. Talamau ada batu tanda yang dibuat Belanda. Kamulah pendaki asing, bukan Indonesia yang pertama sampai G. Pasaman.
Lipan: kena masuk dalam Malaysia Book of Records ni.
Arey: yahoooooo


Alhamdulillah, puas bergambar disini, kami pulang ke campsite dan segera menyiapkan sarapan dan berkemas. Berlebihan pula air kami. Arey siap boleh mandi lagi. Bisa duri-duri semalam masih terasa lagi. Lipan, Nieta dan Eryn sudah bengkak-bengkak jari. Arey pula yang begitu alah pada agas berbintik-bintik satu badan.

Jam 11.00 baru kami tinggalkan campsite dan meneruskan perjalanan. Seperti hari semalam, kami sering kali hilang trek. Seterusnya kami melintas campsite Ranah Kampung Jambah. Campsite ini lebih besar dan ada anak sungai disebelahnya.

Ada satu cerun curam yang kami lalui, mengelunsur kami ditanah yang polos tanpa akar-akar kayu untuk tampan dan tiada tempat untuk berpaut. Inilah trek yang ditandakan.

Trek kami menurun sahaja. Ada juga rabung yang kami lalui kemudian turun ke lurah dan kembali ke rabung yang sama. Pelik betul trek Pasaman.

Apip: Kalau di Malaysia, jalurnya biasa diatas rabung aja.
B. Daniel:Rabung tu apa?
Apip: tu yang diatas tu.
B.Daniel:oooo pungunggan gunung. Jalur yang biasa orang daki, orang dulu-dulu bukan disini, disana, tapi jalurnya suram.


Trek kami ini, trek yang dibuat bang Daniel. Walau tanpa alat GPS, berjaya bang Daniel buat trek ke G. Pasaman. Trek inilah yang sering kami cari supaya tidak tersasar jauh. Trek lama dikatakan suram dan penuh unsur-unsur mistik.

Hari dah senja. Trek turun semakin curam kami redah dengan lampu picit. Sekali lagi bang Daniel sibuk mencari trek. Adakalanya bang Daniel telah jumpa trek tapi lupa setelah kembali pada kami.

Perlahan-lahan kami meneruskan perjalanan. Hingga satu tempat yang agak sesuai dibuat tempat kami berkhemah. Bang Daniel juga menyerah diri dari terus mencari rambu.

Menebas kami disini, membuka kawasan perkhemahan baru. Sememangnya mengikut jadual kami terpaksa berkhemah semalam lagi sebelum sampai ke desa. Begitu letih agaknya bang Daniel, terus tidur sebaik saja khemahnya didirikan.

Rasa lega dapat berehat, kami makan malam sambil berborak-borak. Arey siap buat ungun api lagi. Malam ni Paei dan Arey hanya memasang hammock bertingkat. Sebelum kami tidur, bang Daniel bangun bersama radio komunikasinya lagi.

Menuju ke Desa

Semangat untuk ke desa, Apip dah terjaga sebelum subuh lagi. Selesai solat subuh, kawan-kawan yang lain dibangunkan. Condong pokok tempat Paei dan Arey mengikat hammok. Nasib baik pokok tak patah atau tumbang.Pantas kami memnyiapkan sarapan dan berkemas. Jam 7:30 kami mula trekking.

Hari ini lebih mudah kami mengesan trek. Kami pun lebih ceria pagi ni. Tanda trek hanya arah mendaki, terpaksa kami memaling ke belakang melihat plate yang dipaku di pokok-pokok.

Di satu cerun terdapat balak tumbang dan menutupi trek. Sibuk bang Daniel mencari trek, gerak hati Apip menyatakan trek di rabung kanan bawah jurang. Lantas saja Apip terjun dengan haversack. Lega dapat jumpa rambu. Kalau tidak naya kena mendaki semula cerun curam.

Lantai hutan di sini agak jelas dengan dedaun kering. Bertebaran kami mencari trek. Siamang-siamang dan ungka-ungka bersahut-sahutan irama alam. Kami seperti disambut.

Apip: Kita perintis, lepas ni boleh buat program untuk kengkawan yang lain. Paei bawak OGKL, Arey bawak geng Mesra.net, Lipan-RMDC, Nieta-KHG dan Eryn-proSondol.
Lipan: aku kalau buat pun, cukuplah G.Talamau aja. tak sanggup lagi pergi G.Pasaman.
Arey: boleh, biar sama-sama rasa perit cabaran G. Talamau-G.Pasaman.
Apip: jangan buat anticlimac macam kita ni, buat naik dari Pasaman ke Talamau.


Sebelum matahari tegaki, tiba kami di Bukit Punggung Lading, Hujung Kampung. Disinilah pintu rimba, batas rimba dan perkebunan. Gembira tak terkata kami.

Berehat kami di sebuah pondok di hujung desa. Pondok yang didirikan tinggi bagi mengelak binatang buas. Pokok ulam-ulam ditanam disekitarnya. Sedikit lebihan makanan kami sedekah pada petani di pondok ini.

Lama juga kami berehat disini, menanti bang Daniel membetulkan kaset video yang kusut. Sejam kemudian baru kami meneruskan perjalanan. Terdapat penebangan hutan disini yang masih baru dilakukan.

Kalau di kaki G.Talamau banyak pacat, disini pula banyak pokok jelatang yang mempunyai daun berbisa. Kebas tangan terkena bisanya lebih-lebih lagi tempat yang berbisa tu tersentuh air.

Tidak sampai sejam berjalan lintas kami di sebatang sungai yang jernih. Disinilah kami bersihkan diri, tukar pakaian bersih sebelum ke Desa.

B.Daniel: Apip, aku mulanya ragu dengan Nieta dan Eryn. Bisa mendaki ke G.Pasaman.
Apip: ni ibu-ibu yang gagah bang.


Ditengah-tangah perjalanan kami di pekebunan, tiba-tiba jerit bang Daniel " Apip, udah dibuang sampah kaca tu" . Sampah dan botol-botol kaca yang dipungut di G. Pasaman masih berada dalam haversack Apip. Disuruhnya bang Daniel tinggal di perkebunan. "Ingatkan lagi jauh bawak lagi mahal harganya, tinggal disini tiada yang membeli" balas Apip. Apa pun ditepi jalan kebun sampah ditinggalkan. Entah siapa pula yang akan melupuskannya. Lain tempat lain aturannya walau sama-sama pecinta alam.

Siap makan tengahari, kami semua ke Desa Kampung Kurai. Selesai membayar wang retribusi dan upah pada bang Daniel kami keluar ke Simpang Ampek dengan ojek.Paei dan Arey yang lewat tiba di Kampung Kurai meragukan bang Daniel “aku ragulah dengan pasangan tu, tak sampai-sampai lagi” . Rupa-rupanya Paei dan Arey tersasar ke arah Masjid. 2KM lebih dekat ke Simpang Ampek.

Disimpang Ampek, bang Daniel menjual VCD G.Pasaman - G. Talamau. Ramai orang mengerumuni haversack bang Daniel. Apip pula dikerumuni pemuda-pemuda Ojek yang meminta bayaran Ojek lebih dari yang sepatutnya. Alasan mambawa haversack kami dijadikan modal. Eryn yang risau Apip dikerumuni terus saja menamatkan tawar-menawar. Rundingan Gagal.

Lama sudah bas ke Bukittinggi menunggu kami, terus saja haversack dinaikkan ke atas bas. Tak sempat duduk minum teh dengan bang Daniel. Kami terus saja naik bas kecuali Apip yang terus berunding harga. Memandangkan agen dari awal telah memainkan peranan. Tawar-menawar semakin lama, lebih ramai yang turut mengerumuni Apip seorang, akhirnya kami meneruskan perjalanan setelah harga diturunkan. Lebih mudah tawar-menawar bila Eryn tiada disisi.

Perjalanan kami yang lancar, membuatkan ramai dikalangan kami lena terlentok. Bas kami berhenti rehat di Danau Maninjau. Sempat kami melihat sekitarnya. Perjalanan diteruskan dengan bas melalui ‘Kelok 44'. 44 selekoh mendaki cerun bukit. Memandangkan hari masih cerah, seronok melihat Danau Maninjau dari atas bukit serta teres-teres sawah kehijauan.

Ronda-ronda Buktitinggi

Malam baru kami tiba di Bukittinggi. Memandangkan bas besar tidak masuk ke tengah bandar, kami berjalan ke tengah bandar. Kebetulan malam ni ada pesta ‘Semarak Jam Gadang'. Pentas didirikan disatu simpang jalan. Konsert akan bermula tidak lama lagi. Asyik melihat ke pentas, terlupa menoleh ke kedai outdoor ‘Orange' yang masih buka.

Perasan kedai Orange masih buka, kami masuk ke kedai Orange, terus Apip sapa Hendra pemilik kedai Orange. Masuk kedai Orange, masing-masing sibuk hendak terus shopping barangan outdoor. Apip dan Hendra pergi mencari hotel kemudian balik semula ke kedai Orange menjemput pendaki-pendaki yang lain.

Di Hotel Asean tempat kami menginap malam ini, setelah check-in. Kami keluar untuk makan malam. Restoran Minang Raya depan jam gadang menjadi pilihan kami. Apa lagi makan sepuas-puaslah kami. Lauk kulit kerbau yang digoreng menjadi fearfactor buat Nieta.

Malam masih awal, kami ronda-ronda sekirar bandar selepas menghubungi keluarga di Malaysia, ada persembahan kebudayaan Minangkabau di Jam Gadang, juga tanyangan cerita Ombak. Depan kedai Orange ada konsert. Sebelum Hotel tutup jam 11:00 kami semua pulang ke bilik masing-masing.

Keesokan paginya, sarapan pagi kami disediakan hotel. Hanya satu set roti bakar dan secawan teh, rasa tak cupup kami keluar mencari sarapan lagi. Kedai roti canai sedap yang lalu telah bertukar pemilik, tiada lagi roti canai, tapi menu nasi goreng dan mee goreng tetap ada. Bersarapan sekali lagi kami.

Lepas sarapan kedai Orange menjadi tumpuan kami. Masing-masing memilih barang, bayar kemudian. Lipan dan Nieta menyarung sandal TNF tanpa membayar lagi terus dibawa seharian keliling Bukittinggi. Baik hendra pada kami. Tiket kami ke Dumai diuruskan Hendra.

Sepanjang bersiar-siar di Bukittinggi yang berlatarkan G. Marapi dan G. Singgalang, Kami yan gtelah mendaki G. Marapi -G.Singgalang sentiasa menaikan azam Lipan untuk mendaki ke sana pula. Petua-petua, petunjuk dan banyak lagi info diberi pada Lipan. Moga Lipan dapat membawa anak buahnya satu masa kelak.

Tepat pada masanya kami check-out dari bilik kami, haversack ditinggalkan di ruang hotel. Destinasi kami seterusnya ke rumah Kak Halimah, di Desa Bulaan Kamba. Ketibaan kami dinantikan Kak Halimah dan Buk Inci. “Kalau gunung kami ziarah, rumah Kak Halimah pun kami ziarah” jelas Apip. Hujan lebat masa kami disini, tidak dapat kami melihat G.Singgalang di belakang rumah.

"Kalau datang lama, boleh memancing ikan" pelawa Kak Halimah sambil menunjuk kolam dibelakang rumah. Sejam dirumah Kak Halimah, kami pulang ke Bukittinggi dan terus sambung shopping hingga waktu untuk berangkat ke Dumai dari hotel penginapan kami.

Sebelum meninggalkan Bukittinggi, kami dibawa ke restoren Gonraya untuk makan malam. Masing-masing yang sakan bershopping hingga lupa makan tengahari tak melepaskan peluang menikmati lauk-pauk yang nampak enak sekali. Lauk ayam putih dan sup daging menjadi pilihan utama. Arey sempat menceritakan kisah lauk ayam putih semasa ekspedisi OGKL tahun sudah. Begitu enak dan lembut ayamnya.

Mula perjalanan ada yang dah mula tidur, yang tidak tidur dapat melihat 'kelok 9' sewaktu meninggalkan Bukittinggi. Bas meluncur turun melalui kelok 9 yang cukup cerun agak mengerikan. Lampu-lampu kenderaan dihadapan menunjukkan betapa tingginya cerun 'kelok 9'. Lancar perjalanan kami ke Dumai seterusnya ke Melaka. Bersurai.