Oleh - budakcomel
Assalamualaikum.
kepada semua geng XPDC NUANG THE TINGGI MENCANAK yang budiman yang keletihan yang ketegangan yang kepenatan lagi kepasrahan ketika melihat betapa mencanaknya tanah yang terpaksa di daki. Di sini dengan suka cita bercampur happy citanya aku ingin membuat sedikit laporan khas walaupun tak di suruh keh keh keh. Terasa syok plak buat laporan walaupun masa kat sekolah dulu aku maleh nak buat karangan heheheheheh. Oklah aku nak mulakan cerita ceriti aku dengan.
Hari Pertama (sabtu 26 april 2003
kumpulan pertama yang melancarkan serangan ke gunung nuang yang terdiri daripada Jimi selaku ketua projek, Mr syampa selaku sweeper, nowa selaku budak underage(geng runner je tau kes nie hehehe) dan ugly selaku driver ferarri telah bertolak pada pukul 1.00 tengahari dan berhenti makan tengahhari pada pukul 2.00 petang di ampang point. Dalam perjalanan masing² beria² nak beli Maggie kesukaan memasing termasuklah perisa asam laksam lah, kari kepala ikan lah, otak udang lah dan bermacam² lagilah untuk di bawa sebagai bekalan semasa berada di ”LOLO”(tapak perkhemahan) . suasana riang menyelubuhi wajah memasing macam kerang busuk kecuali ugly yang senyum dia masnis skit..keh keh keh. Semua telah bersetuju untuk membeli Maggie dan beberapa peralatan seperti kasut dan stoking di Pangsun.
Setibanya di Pangsun kitaorang berempat pun turun mencari kasut getah untuk di gunakan ketika memanjat “gunung nuang” nanti, aku semangat punya pasal siap beli stoking bola belang putih..heheheh si tawel pun sama dok beli stoking sekali biar nampak boria katanya..ahaks!! macam nak buat persembahan kebudayaan plak si tawel nie kekekekeke.dalam kul 3.00 petang we all dah sampai ke tempat letak kereta dan setelah urusan isi borang di pejabat ranjer kitaorang berempat pun memulakan perjalanan ke Lolo pada pukul 3.30 ptg.
Pada permulaan perjalanan aku masih bertenaga dan happy sembil berbual dengan tawel manakala si jimi dengan nowa dan kehadapan, kiranya we all berjalan berpasangan(macam couple plak jln berdua²), baru 30 minit perjalanan aku dah buat muka cipan keletihan bila melihat jalan yang tinggi memanjang.aku dah mula rasa nak pancit dan mengempis, kelihatan jimi dan nowa tengah menungu di satu kawasan yang agak rata sambil derang berdua tersenyum kambing dalam hati aku b erkata " hampeh betul setan dua ekor nie muka menten hensem je tak nampak letih pun" .So masa nie memasing membasahkan tekak dan sempat gak aku menyalakan rokok sebatang but aku tak mampu nak habiskan walaupun nafsu aku nak merokok begitu menbuak².Tawel mengatakan kita masih ada lagi 1 lebih untuk sampai dan perjalanan akan terus mendaki. masa dalam perjalanan aku dah dapat bayangkan yang aku takkan mampu untuk mendaki gunung nuang pada esok hari sebab nowa cakap kalau nak ke puncak track dia lagi cerun dan mencanak, bila dengar je cerita nowa aku dah memang rasa kompem taknak naik nuang hehehehehe.di pendekkan cerita tepat kol 5.30 we all dah sampai ke lolo.
setelah pasang khemah dan mendapatkan kayu api memasing melayan perasaan memasing. pada pukul 8.00 malam aku tengok muka nowa, nowa muka tengok jimi, jimi tengok muka tawel dan tawel tengok muka aku. memasing dah naik bosan sebab kelaparan. so we all ambik keputusan makan je roti dan ikan tuna yang we all sempat beli kat area GIANT siang tadi. tetiba baru aku teringat " alamak lupa nak beli maggie lah.. aiseymen ini kasut sama stoikin punya pasallah nie sampai lupa daratan nak beli maggie" . memasing dah mula mengeluh sebab takde sekor pun yang ingat nak beli maggie masa berhenti kat pangsun tadi.. memasing ingat kasut getah je..so malam tu terpaksalah makan roti sama tuna dan air tea yang di pau dari khemah budin n the geng.
dalam pukul 10.00 malam kupulan kedua yang di ketuai oleh chilut masih belum sampai. kitaorang masih berada dalam keadaan tertekan sebab kelaparan. dahla roti sebungkus terpaksa kongsi 4 orang, maggie plak lupa nak beli adusss time nie semua buat muka pasrah. tengah dok layan boring menahan kelaparan datanglah aweng din dan budin datang bertandang sambil membawa ikan batu yang di tembak di dalam sungai. perrghhhhhh aku tengok ikan tu dah mula terliur memang nampak sedap je.kitaorang ada 7 orang dan ikan tu adalah dalam 8 ekor so menag ngam² la untuk mengalas perut. kesemua ikan tu di goreng dan habis di lapah dengan lahapnye oleh 4 orang runner yang kelaparan itu tadi keh keh keh. tak lama selepas we all menjamu selera ikan goreng tadi makamuncullah kumpulan kedua yang di nanti²kan tadi. yahoooooooo dapat makan bbq kekekekekeke.
aku yang dari petang tadi cuba menngagak keadaan ahli kumpulan kedua yang akan sampai dalam keadaan yang basah, kotor dan tidak bermaya amat meleset sekali. aku tengok kasut memasing nampak bersih, muka memasing nampak tak berapa letih dan ada yang buat muka happy je. pelik sungguh aku kuat betul ketahanan fizikal bebudak nie. rupanye barulah aku tahu yang chilut dah bawak derang lalu jalan pintas. chilut bawak laluan yang dapat memintas 2 bukit tinggi. dalam hati aku terus berkata " ceh!!! ceh !! ceh!! best arr bebudak nie.. aku bagai nak mampos petang tadi derang relek je lalu ikut short cut citt ammak!! . malam tu semua tidur lena setelah kenyang menyental bbq ayam,burger dan sosej hehehehehe.
ZZZZzZzzZzZzzzzzz!!
Hari Kedua (ahad 27 april 2003
kedengaran sayup² suara burung berkicauan dan ungas² di dalam hutan begitu nyaman sekali.lalu ku bukakan mata ku perlahan² untuk melihat kedamaian alam di dalam hutan ciptaan tuhan tetapi malangnya "lerrrrrrr erin sama chim tengah dok pok pek pok pek(berborak kosong) kat tepi dapur, ingatkan burung dan ungas tadi hampeh!!" . aku tengok semua dah bersiap sedia untuk sarapan pagi sebab tak lama lagi semua dah kena bersiap untuk mendaki gunung nuang. aku taklah ambik port sangat sebab aku dah hilang semangat nak naik puncak nuang bila teringat kembali kata² yang di lafazkan oleh nowa petang semalam.so aku memang dah pasang niat KOMPEM taknak naik. aku suarakan niat aku kat Lipan, tetapi dengan selambernye lipan menjawab " ala kita naik melenggang je bai slow²" dan di tambah pula dengan suara erin "waaaa guly dah bangun n dah ready nak naik nuang" . dengan dua kata² itu terus melenyapkan cerita nowa semalam. aku menjadi lebih bersemangat dan yakin, malah rasa tercabar bila aku perhatikan si Rangga dan lissa dah bersiap sedia dengan baju untuk mendaki. terasa malu pada diri sendiri, aku terus mengambil keputusan untuk menakluki puncak nuang, tapoi sebelum tu aku seperti biasa gie cari port dulu hehehe(cuba tekla port apa?).heheheheh biasak ler seperti di Berkelah Maran dulu ayat paling pemes "ko berak mana tadi hehehehehe"
Tepat kol 9.15 pagi semua bergerak untuk mendaki dan perjalanan kali ini didahului oleh Pogolix dan diikuti oleh aku..hehehehe aku memang taknak duk belakang takut kena tinggal. permulaan perjalanan tak ubah macam kat dusun durian kat kampung aku, time nielah plak aku leh teringatkan kampung halaman, mak, abah dan pak sedara aku kat kampung, yerlah masa kat kampung aku mana nak sangat join masuk hutan walaupun bersepah bukit kat kampung aku tu hehehehe melainkan musim buah durian baru semua bukit tu aku redah hahahahahahah. setelah 30 minit perjalanan aku dah jadi org ke 6 dari berada di hadapan setelah aku di potong oleh nita,chim,nowa,pisha dan kinrara.aku hanya minum skit dan meminta izin untuk meneruskan perjalanan secara perlahan². Aku taknak lepak lelama takut badan aku nanti jadi lemah so aku mendahului perjalanan kali ini.
Sampai di pertengahan jalan iaitu di "Dataran Pacat" dah ada satu kumpulan cina tengah dok melepak.selepas ambik gamba 6-7 snap geng cina tu mintak diri nak blah dan aku pun ambik kesempatan ini untuk follow geng derang. aku cakap kat ahli yang lain yang aku nak jalan slow² dulu.bukan aku saja nak tinggalkan kengkawan tapi aku dalam proses membina semangat aku supaya tak down, aku taknak berpoya² dengan kamera sebab ia akan membuatkan aku letih dan akan memakan masa yang lama melepak di dataran pacat.aku memintas sorang demi seorang ahli geng cina dengan laju. kali ini langkah laku lebih yakin dan bertenaga sebab kat depan aku tinggal 2 je lagi ahli geng cina yang belum aku pintas, sorang tu lelaki cina dan sorang lagi tu amoi yang agak genteng jugak ler body dia.. keh keh keh . setelah beberapa minit aku berjaya memintas mereka dan selepas aku berjaya memintas mereka aku tengok Lipan dah menghampiri aku dari belakang..keh keh keh cepat jugak abg roi nie keja aku heheheheheh. so lipan masih biarkan aku di hadapan dan tak lama kemudian aku nampak nita dan chim dah berada dekat dengan aku dan lipan.Tak lama kemudian aku biarkan lipan pintas aku mana kala nita dan chim still kat belakang aku.pada suatu ketika time aku berhenti untuk 4-5 saat menarik nafas keletihan chim dan nita mengambil kesempatan memintas aku dan aku dah tak terdaya untuk menghalang. aku biarkan sahaja mereka memintas manakala lipan dah berada jauh di hadapan. lama kelamaan lipan,nita dan chim telah hilang dari pandangan maka tinggallah aku kesorangan mendaki.
hahahah tetiba aku jadi tertekan amoi genteng tadi berada tidak jauh dari belakang aku...kekekekek dalam hati aku berkata "peerghhh power siut amoi nie.. rasanye dah jauh aku tinggalkan dia tadi camner dia leh kejar aku? atau aku yang lambat? hahahahah " arrghhhh aku tak biarkan amoi cun dan seksi itu menghampiri aku.. jangan harapla aku nak kasi dia pintas aku walaupoun dia cun dan seksi yang pastinya aku mesti berada didepan dia dan kalau bole terus meninggalkan dia heheheh. akhirnya aku berjaya sampai ke puncak anak nuang dan setelah 10 minit barulah amoi seksi,cun dan genteng itu sampai. aiseymen masa dia sampai dia senyum kat akulah beb hehehehe dia syok sama gua ke? wakakakakakakakakak.
pada pukul 12.15 kesemua ahli xpdc melayu.com sampai ke puncak dengan ini maka tepatlah 3jam we all semua mendaki hingga ke puncak nuangggggggg!!! yahoooo aya darabaaaaa kekekekek.memasing sibuk duk cari air. speghetti yang erin masak tak di sentuh sebab memasing takde selera nak makan.yang ada dalam kepala otak cuma air air air dan i love you hehheheh.
masa kat atas puncak seperti biasa xtvt bergambar adalah wajib..heheheheh so bergambarlah kita semua seramai 14 org tu kat atas puncak manakala aksi mawi mengingatkan aku kepada ampmeter..wakakakakakak taksah kalau takde cermin mata hitam heheheheh. so semua pakat untuk turun semula ke camp site pada 1.00 tengahari dan time turun nie org yang paling awal sampai adalah jimi dan diikuti oleh lipan. memasing buat acara berjoting.kalau di ingatkan kembali time naik semua lemah longsai tapi bila turun macam anak kambing keluar kandang semua berlari² lintang pukang hahahahah termasuklah aku. time turun nie aku dah tak ingat dah kat amoi cun seksi tu lantak pi la dia janji aku dapat turun awal dan dapat minum air kat khemah hehehehehe.dapat aku rasakan segala lemak dan kegendutan di badan aku bergoncang² hehehehhe but still menten hensem walaupun nama aku UGLY wakakakaka(sapa setuju kembangkan hidung). so jimi dan lipan tiba kat khemah pukul 2.30 petang dan ini bermakna hanya 1jam 30 minit masa yang di ambil untuk menuruni gunung nuang.oh yer.. ampmeter ada datang melawat we all.. tapi aku tak pasti dia datang nak jumpoa we all atau nak jumpa adik dia , siapa lagi kalau bukan si mawi..keh keh keh
adussss ngantuknye.. oklah aku malas dah nak cerita panjang aku pendekkan cerita kay.. sebab aku kat cc masa menulis report nie..heheheh. kita keluar dari campsite pukul 6.00 petang dan tiba di parking kerata pada 7.00 malam hehehehe time balik ramai gak buat acara berlari.. maklumlah dah tak banyak jalan yang mendaki semua nenuruni je heheheheh. dari pukul 7.00 malam-8.30 malam we all semua just melepak kat parking sambil berbual kosong saja menghilangkan penat lelah, dan semua menunaikan hajat kelaparan dah kedahagaan s*ks!! opsss kedahagaan air air air dan i love you di kedai makan bukit tinjau langat yang lembab nak mampos tu dan selepas makan semua bergambar untuk yang penghabisan dan acara bersurai ke rumah memasing.