Oleh - Lipan kebab
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua. Bertemu kita sekali lagi kali ini dengan paparan yg lebih menarik dan misteri yg lebih unik.
Kali ini kita akan menjelajah ke Gunung Datuk, Rembau N9 yg dimana mitosnya terdapat beberapa kisah misteri yg menarik perhatian ramai termasuklah Tapak Kaki Hang Tuah dan mimpi bertemu Hang Tuah... ....hehehehe macam dlm Misteri Nusantara lak..ahaks...
Sabtu, 12 Julai 2003
Pogo..Pogo....
Tepat jam 3.00 ptg Lipan2, Jimi (adik Lipan2, adik ipar aku gak) & Wizie menunggu di hadapan BSKL. Tak lama lepas tu Pogo lak sampai, nak konvoi sekali katanya sebab tak tau jln ke tol Sg Besi. aikkkk....tak tau ye bang??? ekekekeke. Selepas puas berchatting sambil menunggu transporter bersama Sarjen Tawil, Pogo decide nak gi dulu amik Chimm…terlupa amik Chimm ke??? eceh..eceh.. Bermula le adengan menunggu Tojen dan Tawil ni...hampehhhhh.... Lambat tul.
4.30 ptg baru le depa ni muncul sambil tersengih macam kerang yg terkentutkan taik... masukkan barang ke dlm van, terus le menuju ke Tol Sg Besi tempat pertemuan ....
Sampai jek, Ketua Projek merangkap Datuk Paduka Maharajalela Bett dan Amoi dah menunggu dgn ration yg akan dibahagi2kan. Kebetulan sampai jek, kereta Pogo dan Pisha Bebeh pun sampai dgn konco2nya. Kali ini ada muka baru, Benut a.k.a Bonet. Kitaorg dikejutkan dgn si Pogo (Pogo lagi...) accident. Laaaaaa.. nasib Chimm tak apa2... ehh silap kete dia. hahaha..... katanya tersondol kete depan lalu bumper keta tu jatuh. Perghhhh kuat tol kete ko yek Pogo. Ni mesti kes berangan kot...kekekekeke. Berangankan sapa bang????
Pedas - Linggi....
Setelah siap packing, 5.20 bergerak ke destinasi pertama iaitu acara kenyangkan perut, ke R&R Seremban. Selesai makan, solat Asar dan tak lupa membuang sisa2 perut, 6.20 terus bergerak ke Tol Pedas - Linggi dimana Guide Jalan, Ajib, menunggu kat sana... Hujan malu2 kucing menyambut kedatangan kami kat Rembau ni. Dalam fikiran memasing habis le malam ni tido dalam hujan le gamaknya. 6.40 sampai tol dan Ajib pun tiba dgn moto kapcainya. Dia tak ikut naik gunung kerana terpaksa jadik pengapit kawannya kawin esok... iye ke ni??? hemmm kata org jadik pengapit ni nanti kawin lambat... hehehehehe.... Seperti biasa, acara tradisi, bergambar aksi bebas pertama dilaksanakan secepat mungkin kerana tidak mahu membuang masa, hari hampir malam. Kali ini Ajib mengambil alih mengepalai konvoi ke kaki Gunung Datuk.....Gunung Datuk Here We Come !!!
Tawil askar Wataniah...?????
Lebih kurang jam 7.30 mlm sampai le di kaki Gunung Datuk. Aiyyyoooo... ramainya umat kat sini termasuk le berlori2 askar dan wataniah kat sini. Itu tak masuk lagi bebudak U. Rupa2nya ada Gunung Datuk Challenge. Patut le ramai. hemmmmm....
Setelah semua org kuar kete, nengok2 Tawil membebel2 kat dlm van. Apsal lak budak ni. Laaaaaaa... takut rupanya. kes..kes..kes.... sebab pakai seluar celoreng askar dan pakai beg askar... takut dikatakan askar lari... lagi sekali... kes..kes...kes... hahahahahaha...
Setelah bertanya dan berbincang dgn bebudak U yg berkhemah kat sini, dikhabarkan bermula tengah hari tadi lebih kurang 170 org dah lanyak trek ke puncak. Tapi yg tinggal kat atas tu dlm 43 org bebudak UiTM Segamat...Habis berbincang, Bett ambil keputusan utk naik gak, alang2kan... takkan nak bermalam kat Hotel Rembau 24 jam lak...ahaks....
Memasing bergegas le menyiapkan diri. Kelihatan Tawil sudah pun menukar seluar lain dan tiada lagi bebelannya... hehehehe. Selesai solat Maghrib, packing barang dan acara senaman ringan, diadakan sessi taklimat ringkas oleh Bett. Yang penting sekali memasing diberi nombor bertuah.. (no pengenalan takut2 hilang nanti tau le sapa) ekekekeke " Nombor 1, 2, 3... ...16". teriak Bett.
Team Cali Anjel, Nasi Ayam & Noyulllll.....
Jam 8.40 mlm. Perjalanan dimulakan. Alhamdullillah hujan dah reda tapi harus diingat treknya licin ya bung!!!! Seperti biasa, acara bergambar... senyummmmm, oppsss basah lagi... Selesai sudah, semua peserta xpdc mengucapkan selamat jalan kat Ajib. Bersusah payah dia menghantar. errrrrr mungkin disebabkan ada pemangkin kot... kes..kes..kes... Dimulakan dgn mengisi air bekalan ke dlm bekas memasing kat sungai berdekatan dan perjalanan diteruskan....
Perghhhhhhhh.... starting dah mencanak. Gilak sih!!! Agak-agak 30 minit, 9.10 mlm sampai pun ke Camp Site Pertengahan. Bermalam kat sini kata Bett. Lagi sekali cek no, 1, 2, 3...16. Alhamdulillah semua ada. Semua memainkan peranan memasing. Team Cali Anjel dikepalai oleh Pisha Bebeh (Kameren Dias) menjadi org dapur diikuti oleh Amoi (Luci Liu) dan ahli yg baru dilantik, Chimm pusat tengelam - ahli Cali Anjel mesti pusat tengelam, wakakakakaka - (Krew Balimor) dan ajknya Lipan2, Wizie dan Nina Kerina. Lelaki lak sibuk memasang fly dan mengemas tapak tido.
11.00 mlm. Hidangan nasi ayam. Layan blues beb!! Memang ditunggu2 oleh kami. Dimasak oleh ibu Lipan2 (mak metua aku gak, ahaks!!). Errrpppp!!! Kenyang.
Habis makan, berkemas utk tido... Sebelum tido ada lak sessi suai kenal. hahahaha.. kita lihat sapa yg kena... dimulai oleh no 1, Bett sehinggalah no 16, Mawi. Baru le tau asal usul memasing ni dan bagaimana mereka dpt nick ni. Pogo kerana kehebatan dia menari ala2 kena rasuk gitu masa jadik Jr U. kes kena ragging le ni. kes..kes..kes.. hehehehe. Nowa lak, nama sebenarnya Nurul.... wakakakakakakaka... bang Nurullllllllllll... awwwww... astagfirullahhh tak baik ketawakan org... hahaha... jgn mare aaa.... Secara otomatiknya Nowa ditukar ke Nurul. ekekekeke
Haaaaa... masa nak tido lak problem sikit, sehinggakan terpaksa buat rehearsal tido beberapa kali bagi memastikan semua org ada tempat tido. kes..kes..kes.... macam tu pun bole ek. Mawi dapat pot dia sendiri jauh sikit dari khemah kita org. Jam 1.00 pagi semua org pun mula melelapkan mata dimulakan oleh Lipan… hehehe. Dia lagi tido awal. Tojen, Bett, Benut tu masih belum tido lagi, berborak...ZZZZzzzZzzZzzzzz....
Ahad, 13 Julai 2003
Selamat Pagi....
Lenguh dah ni jari menaip ni... Jam 7.20 pg dikejutkan dgn hentakan tapak kaki manusia. Alamak!!! Askar semalam tu dah start naik la. Semua bergegas bangun kerana tapak tido ni sebenarnya highway utama utk naik ke puncak. Team Cali Anjel dan ajknya terus bersiap utk masak sarapan pagi bermenukan cucor kodok dan roti kaya. Kelihatan Bett dan Shuq masih tido lagi, biase le... Shuq rupa2nya demam. kes..kes..kes... disuruh rehat dulu dan makan panadol. Ciannn dia ye..
Dah kemas khemah dan bersiap, jam 8.40 pagi bergerak utk menawan puncak Gunung Datuk. Naik kali ni tak membebankan sangat kerana daypack saje. Alhamdulillah.
Horey!!! Horey!!!....
9.10 pg akhirnya sampai gak puncak didahului oleh Bett, Jimi dan Lipan2... Horeyyy!!! Trek kali ni jugak sememangnya mencanak memanjang. Kat atas ni ramai betul umat macam pesta pasar tani hari minggu lak. ahaks.. Bebudak UiTM Segamat dah kongker kawasan ni. Aweks2 pun ramai. hehehe. Shuq dikabarkan muntah ditengah jalan akibat demam tadi. Lagi sekali, ciannn dia ye.....
Tak lama lepas tu bergerak ke puncak batu Gunung Datuk. Siap ada bendera Malaysia lagi tu berkibar. Apa lagi bebudak MDC sakan le bergambar kenangan dgn bendera tu, tak lupa banner MDC dan diikat kat tiang bendera. Promote lagi tu MDC. ahaks, bangga beb bangga..
Pas tu gi nengok tapak kaki Hang Tuah. Sebelah jek. Lagi sebelah kat Gunung Ledang. Mengikut lagenda ceritanya, Hang Tuah melompat dari Gunung Datuk ke Gunung Ledang. Diukur saiz lebih kurang saiz 5. hemmm... Bett menambah cerita, "pada suatu hari lebih kurang jam 3 pagi, ada tiga org sahabat sedang tido di batu tersebut dan salah seorg telah terbangun kerana melihat lembaga berpakaian serba lengkap macam pahlawan melayu zaman Hang Tuah berterbangan dan menasihati beliau supaya tidak tido disitu" kata Bett. Kesimpulannya adakah itu lembaga Hang Tuah atau sebaliknya? Ikuti episod Misteri Nusantara pada minggu hadapan... hahahaha
Puas rehat dan makan tengah hari dgn cucur kodok yg dibawa, jam 12.40 memasing pun menuruni puncak sambil berlari ke Camp Site Pertengahan. 15minit seterusnya pun sampai le lalu berkemas, makan, minum dan bersiap utk turun ke kaki Gunung Datuk.
Bertemu dan Berpisah...
Jam 2.00 ptg semua mula start turun. Lebih kurang 25 minit, sampai dah kat bawah. Apa lagi, semua ambil peluang mandi sakan setelah satu hari tak mandi... Lipan yg paling ligat sekali mandi. Tak puas katanya kerana kolam kecik sangat... hahahahahaha...
Habis mandi dan solat, terus bersiap utk balik. Shuq rupa2nya tak bersama mandi tadi kerana demam tahap tak ingat, berehat dlm kete. Macam biasa sessi bergambar sebelum balik.
3.30 ptg bergerak meninggalkan kawasan parking kete dan menuju ke destinasi terakhir iaitu kawan rehat R&R Seremban. Lepas makan, bersalam-salaman, semua berpisah dan akan bertemu lagi di next xtvt.... YONG BELAR!!!!! AZAM SHEIKH, AZAM..... takbirrrr, ALLAHUAKBAR!!!!
TAMMAT.....
jgn mara aaaa...panjang sgt..hahahahahha....