>>
  Oleh : orangminyak


XTVT yang di ketuai oleh Tok batin Pego ini adalah bertujuan untuk sessi latihan kepada ahli melayu.com yang akan berangkat ke Gunung Yong Yap pada 21-23 feb 2004 anjuran Komuniti Rekreasi Melayu.com .

Aku bertolak dari kl menuju ke genting sempah pada 8 pagi bersama cengkapok, haliyana dan sarjan hassan , belum pun 10 minit perjalanan hasan meminta aku untuk berhenti di stesen minyak untuk melakukan xtvt pelaburan saham nasional berham, dekat 10 minit juga hasan berada di bilik termenung itu. Pada 8.35 kami pun sampai ke genting sempah.

Kelihatan Tok batin pego telah menanti dengan memaki baju rasminya 242 dan di temani oleh beberapa ahli yang lain. Ketika di genting sempah ini sempat la kitaorg semua berjumpa artis pojaan ramai Wardina di dalam kenderaan KEMBARA dengan wajah yg sugul, apsal aku tak tau, malam tadi tak dapat kut.wakakaakakakakakak

Setelah sejam menanti maka hanya 19 org sahaja yang berjaya menempatkan diri untuk memulakan xpdc ini. Setelah pembahagian kereta di lakukan maka sebanyak 5 buah kereta menuju ke bulatan di bawah genting. Dan setibanya di Gate maka semua ahli bersiap sedia dengan kelengkapan diri. Bud Kuntum berjaya menjadi ahli yang paling bergaya dengan pakaian ala pemain bola sepak futsal.

Perjalanan di mulakan pada 10.00 pagi melalui jalan yang tar yang tidak berada dalam situasi yang baik, berbatu kecil dan berlopak². Tak ubah macam jalan “akupuntur” hahahahah. Perjalanan di kepalai oleh tok batin dan aweng . kelihatan tok batin begitu rancak berbual sehinggakan meninggalkan beberapa kelompok di belakang. Aku dengan penuh semangat org minyak telah mengikuti di kelompok pertama. Tiba tiba kelihatan tok batin Cuba melakukan aksi hebat dengan berlari pecut 100 meter kehadapan tanpa menoleh kebelakang ataupun tanpa melihat side mirrow, maka aku mengambil alih tempat tok batin bergurau senda bersama aweng.

Tiba tiba tok batin kembali dengan mengatakan bahawa kami semua telah terlepas jalan masuk ke bukit pertama, maka terpaksalah kelompok pertama patah balik ke belakang untuk mencari dimana laluan yang telah terlepas itu, sampai sahaja di belakang kami bertembung dengan kelompok kedua dan mereka mengatakan bahawa laluan ke bukit pertama berada di hadapan, oleh itu terpaksalah kami semua berpatah balik kebelakang, dalam hati aku nak je aku pijak² tok batin tu hahahaahahha.

Setelah menemui laluan yang di carai maka kami semua pun berkumpul dan memulakan pendakian pada 11.00. ketika ini aku berada di hadapan bersama tok batin. Pendakian selama 7 minit dan kami semua terpaksa menuruni lurah yang memakan masa 16 minit. Apa bila sampai di lembah kami semua terus memenruskan perjalanan dan mengikut kata tok batin pendakian seterusnya hanya memakan masa paling lama 30 minit kemudian kami akan menyusuri permatang yang indah permai selama beberapa minit sebelum sampai ke puncak “rock”(aku lupa nama dia daaaa).

Pendakian yang dikatakan 30 minit tersebut telah mencapai kepada 1 jam pendakian, hati aku mula terdetik “shelakak punya tok batin, kata kejap ini dah dekat sejam.. mencanak je track ni” . semasa perjanan inilah seorang demi seorang peserta memintas aku dengan penuh jayanya, ketika ini mental aku dah down kerana mengalami kekejangan betis comel ku di belah kanan dan menyebabkan aku terpaksa mengorak langkah penuh slow motion agar sebarang kecerderaan tidak berlaku. Setibanya di kawasan rehat (RNR) kelihatan semua hali masih bertenaga dan penuh ceria, tok batin memberikan aku krim untuk mengembalikan tenaga batin kaki ku yang mengalamai kekejangan itu. Setelah di sapu, setelah di urut, setelah di ramas betis ku ini maka aku terasa kembali bertenaga seperti superman.

Aku dah mula merasa bahang untuk meneruskan perjalanan, tetapi kami semua terpaksa menunggu kelompok terakhir di belakang iaitu, yus, pink, bud bola sepak dan labor , penantian yang boleh tahan lamanya menyebabkan badan aku dah sejuk kembali dan aku dah mula mengantuk, kalau dapat bantal kompem aku bantai tido terus hahahaah. Setelah tibanya kelompok terakhir maka kami pun meneruskan perjanalan menuju ke “rock” yang dikatakan mengambil masa dalam 30 minit. Hmmm perjalanan kali ini agak melandai sedikit tetapi aku masih sendiri “dinginnya di malam ini suasana pilu” ahhahaha, dengan bertongkatkan sebatang kayu hadiah dari Lipan aku menertuskan perjalanan yang tenang dan bersahaja itu. Tidak alam kemudian sampailah aku ke puncak “rock” yang di katakana itu. Kelihatan sekumpulan anak cina melepak dengan penuh bergaya sambil bergambar ala artis untuk cover album di atas puncak tersebut.

Kelihatan group KHG telah bersuka ria sampai membuat unggun api kecil dan ahli yang lain kelihatan sedang berlazat² merehatkan badan.
Aku dah mula rasa sakit belakang akibat beg yang berat, apa bendalah yang berat dalam beg cengkapok yang aku bawak ni, tapi bila di fikirkan kembali untuk mendaki YONG YAP, sudah tentu beg yang bakal aku bawa 8 juta kali ganda lebih berat, so aku kuatkan semangat juga untuk terus bersama beg cengkapok itu. Sambil berantai, ada juga yang mengambil kesempatan untuk bergamba dan abg man menunjukkan skil menelefon keluarganya di rumah “hi abg papa here. Papa naik gunung ni? Mama mana?” , jelas kelihatan tenaga abg man begitu power ranger, mungkin di sebabkan dia pakai kasut POWER kut.

Tok batin mengarahkan semua bersiap sedia untuk meneruskan pendakian terakhir, masa 1 jam di peruntukkan untuk tiba di puncak gunung bunga buah. Perjalanan di teruskan dan kelihatan ramai yang mendahului aku, dalam hati aku berkata kecil “ adehhhh siot betul bebudak ni, banyak betul tenaga batin derang, memasing laju nak mampos” , aku terus menapak dan menapak sendirian meninggalkan di belakang tojen dan kapok, nurul dan bud. Aku cuba menguatkan langkah untuk meninggalkan cengkapok dan tojen, kerana kalau mereka berada di belakang macam rasa tak best pendaklian aku, rasanya langkah aku dah begitu laju, tapi dengan selamber je aku tengok cengkapok dah ada kat belakang aku walaupun agak jauh, ishh takleh jadi ni.

Sampai di suatu lokasi yang agak menarik aku terpaksa take 5, tunggu kapok n tojen. Bud dan nurul serta 2 org ahli khg belum tiba, dalam hati aku terdetik, “leh tahan gak mamat kuntum ni punya sabar jadi sweeper, kalau aku dah lama aku mental down” . mungkin bud di lahirkan untuk menjadi seorang sweeper tak pun memang dia sendiri dah pancit so dia pun layan jalan slow² dengan nurul. Tidak lama kemudian aku terdengar suara suara yang amat menyakitkan telinga aku, suara itu sungguh sengau dan sungguh tak best sambil menyanyikan lagu kumpulan iklam kalau tak silap aku, hmmm sah itu suara kepunyaan bud buddy,hahahahahhaha.

Aku cengkapok dan tojen terus naik dan terus mengorak langkah dengan penuh keterpaksaan. Kami tiba di puncak pada 1.30 dan ketika aku sampai pizza dah habis, tempoyak makan sorang..wakakakakakakakak. aku pun meletakkan beg aku untuk ahli semua makan, menu dalam beg cengkapok adalah meehon goring 2 bekas besar, satu bekas sambal dan 3 botol air.. mak aiii patut la berat..wakakaakakaka. maka kitaorag pun melantak dengan rakusnya, ada yang makan nasi lemak ada yang makan pizza dan ada yang makan angina. Tapi aku sempat minum vanilla coke dan makan sumi dengan geng² aweng kat port bawah..ahhahaahah serta di hidangkan satu udara nyaman oleh din jahat wakakakakak.

setelah semua duk makan itu ini, nasi lemak sandwish dan sessi bergamba, maka pada pukul 3.00 semua bersiap sedia untuk turun semula.kali ini aku jadi kapla keretaapi dan di ikuti oleh tok batin di belakang, berpandukan kertas putih pada track aku terus melangkah menten, dalam 15 minit perjalanan aku rasa nak terkucil so aku membiarkan pisha omar, nowa, pego dan apa soerang lagi yerk? memintas aku.. maka kini aku sendiri lagi, aku hayun langkah suram tanpa bantuan tongkat sakti Lipan , tak lama lepas itu kelompok kediua menghampiri aku yang di ketuai oleh yana,nina,budin dan tempoyak , dengan gaya lenggang mak limah yana menjadi aketua kumpulan kedua dan aku sekali lagi membiarkan mereka memintas aku dan aku just follow dari belakang.

tiba tiba kedengaran satu bunyi yang bising di belakang aku, rupanya geng KHG seramai 6 org yang di ketuai oleh din jahat , meluru laju untuk merampas kuasa perjalanan, aku pun ikut step diaorang berlari time turun, hmmmm bole tahan lagi rupanya kaki aku ni ahaks!! lepas beberapa minit follow mereka aku rasa letih heehehheh dan aku kembali memperlahankan langkah dan ketika ini lipan dan hassan memintas aku, perrghh dah laju macam geng KHG plak syaiton 2 ekor ni, hassan yg rabun tu tetiba sepertia da kuasa ajaib untuk mengorak langkah maju berjaya.

tidak lama kemudian aku berada di belakang tempoyak dan yana, "aik!! slow plak bebudak ni" , dan ketika untuk sampai ke tempat take 5 yang tinggal lagi 5 minit aku memintas yana dan poyak yang kelihatan telah kehabisan minyak diesel.lepak kat tempat take 5 untuk 10 minit tok batin meneruskan perjalanan dan sekali lagi aku jadi org terakhir.. slow n stedy di belakang heheeheheh. layannn je slow slow menuruni track yang kadang kala licin itu.

sampai je di lembah aku masih sendiri, memang bonus track betul bukit terakhir itu, aku hayun langkah sedikit laju untuk sampai ke puncak bukit, tgh syok layan naik rupanya haliyana berada di hadapan aku heheeheheh, rupanya dia kepasrahan melayan track yang mencanak itu, aku try follow dia.. 2 langkah yana 4 langkah aku, yana berhenti aku berhenti yana jalan aku pun jalan heheeheh.. tak lama kemudian dengan selamber rocknye si arinazzly memintas aku, slow n steady je dia melangkah, macam potter gunung kinabalu je aku tgk. sampai di puncak bukit anala telah melepak sambil melaungkan kaymonnnnnn kaymonnnnn , benci plak aku mendengar perkataan itu hahaahahh...

lepak kat puncak bukit terakhir sambil bergamba sedas dua, amka kami berempat pun menuruni bukit itu sebab dalam 5 minit jelagi we all akan sampai ke jalan berbatu. setibanya di jalan berbatu kelihtan dah ramai bebudak ni menunggu sambil tok batin bersuara "hahahaha baru aku dapat dengar suara guly, kalau tak sonyap jo" . sambil melepak di bawah itu we all semua berborak bermnacam² cerita dan din jahat menjadi badut pada petang itu,bermacam cerita lah yang keluar, cerita tin susu la, cerita air laici la..ahhahaahah. sehinggakan aku panggil din jahat mr bean sebab beg raga dia ada macam² benda, kalau aku mintak komputer agaknya pun ada juga dalam beg raga dia tu hahaahahha.

setelah lama menunggu kelibat ketua projek kinabalu masih belum muncul, sedangkan tempoyak telah pun sampai dengan jayanya, rupanya abg man mengalami kepancitan kaki akibat kasut yang tak best, sian dia.. time tgh sakit takde sapa di depan dan di belakang dia untuk membantu.tapi sebab dia tinggal sorang maka dia kuatkan juga semnagat untuk menamatkan pendakian di bukit terakhir itu.. alhamdulillah dia sampai dengan muka yang kurang dari 2 sen.

tengah syok syok berborak sambil bercerita kedengaran suara kapok dari atas bukit, dan 5 minit kemudian keluarlah geng baju merah..hahahaahahah rupanya paker geng KHG yang juga berbaju merah cuma mengayat cengkapok..hahaahahaha. maka bergambalah geng baju merah di track jalan tar itu tanda mereka telah berjaya.

setelah hampir sejam lebih menunggu kelompok terakhir maka aweng telah mengarahkan untuk ahli semua bergerak pulang ke "gate". dalam perjalanan pulang ke gate, sempat gak ler aku mengjotingkan diri mengikut jejak aweng, wakaakakakakak takleh beb tak larat.. derang lari laju..hahahah aku slow down balik. group aweng yang berlari tadi nak pegi ambil motor sebab mereka nak menjemput pink yang kelihatan telah kemabisan mintak petrol, minyak diesel dan juga minyak tuti yang tinggal hanyalah minyak dagu kut hahahahaha. dan di fahamkan beberapa minit kemudian, pihak abg yus tidak membenarkan untuk pink menaiki motor dan dia dikehandaki menghabiskan perjalnan dengan menggunakan kaki juga.

setibanya di gate memasing sibuk menyiapkan diri, bermekap, menyalin pakaian dan ada juga yang mengadakan lambaian le tour di langkawi kepada motor polis , termasuk la aku sekali hahahahaah. dalam pukul 7 lebih barulah pink tiba bersama sweeper dari KHG.bergambar dan balik turun ke genting sempah untuk makan. di sebabkan aku teringin nak amkan mekdonal maka aku haliyana serta hasan lepak kat medonal untuk makan prosperity burger..hahahha puasnaya hati ku dapat makan prosperity burger. bagi ahli yang lelain derang makan kat food court. ahaks!!

ada satu kereta time turun telah terlajak ke tol gombak dan terpaksa ke genting sempah semula sebab pisha omar punya kereta parking kat genting sempah.heheehehehh semua bertolak pulang pada 9.00 malam.


sekian.