>>
 
Oleh:-Karat's

Terletak bersebelahan dengan Pusat Pelancongan Genting Highland . Hanya 1 jam memandu dari Kuala Lumpur menjadikan ianya sebuah lokasi pendakian yang amat popular dikalangan pendaki di sekitar Lembah Kelang. Dengan ketinggian 4690kk kesejukan di puncaknya amat terasa sekali . Permandangan keseluruhan panorama Bandaraya Kuala Lumpur dari puncaknya kelihatan begitu cantik ketika siang manakala malamnya dita akan di hidangkan permandangan penuh kerlipan lampu-lampu neon bandaraya.

XPDC santai ke Gunung Bunga Buah kali ini di sertai seramai 14 orang. Cadangnya nak bawak 3 orang teman dari S'pore tapi ramai pulak nak ikut. Tak apalah… bak kata orang putih “The more the merrier”. Mereka terdiri dari :

Abang Rashid

Fazlee

Rustam

Suhaimi

Han

Wan

Shukri

Al

Kaisha

Ros

Nor

Delaila

Jejaka Misteri

Khairul

SABTU – 19 MAC 2005

Bertolak dari umah dengan teman dari S'pore pada pukul 2.30 ptg menuju ke Stesen Putra Gombak. Masuk jer MRII jalan punyalah jem… tak hingat. Langit nampak gelap dan awan bagaikan dah tak dapat nak menampung hujan yang bakal turun anytime. “Kalau hujan turun, sure sejuk giler malam nanti” getus hati saya. Janji untuk jumpa Shuk, Fazlee, Al, Rustam dan Delaila di situ. Sementara menunggu Delaila Abang Rashid sarankan agar Fazlee bawa teman dari S'pore ke Stesen minyak Destina untuk mengisi minyak. Jumpa di sana nanti.

Kami tiba di pagar kuari pada pukul 4.00 ptg. Setelah menyalin baju trekking dan mengemaskinikan beg, kami pun bersedia untuk memulakan perjalanan. Cuaca dah mula berkabus. Jarak penglihatan hanya setakat beberapa meter jer.Setelah slow talk ngan guard dan beri dia kudapan yang terlebih seperti epal dan sumi kami di benarkan masuk. Loyar buruk juga guard tu kerana tetiba je dia ber suara “ kalau ada orang tembak… saya tak tahu sebab papan tanda di luar tu ada gambar orang tembak dari belakang.” Kami like….. ???????

Pada pukul 4.30 ptg iaitu setelah senaman ringkas di lakukan, kami pun memulakan langkah. Alhamdulillah cuaca ala-ala mendung. Kalau panas, teruk juga nak jalan di trek tar ni. Di pertengahan jalan hujan mula turun membasahi bumi. Kami mula mengeluarkan baju hujan masing-masing. Tanya pada Delaila “ Rain cover ada tak?” “ Tak ada” jawapnya. “Baju hujan?” “Pun tak ada” jawapnya lagi. Camane ek? Hujan turun agak lebat. Tetiba nampak Mie di depan sedang mengeluarkan jeket dan apabila dia tahu Delaila tak ada rain coat lalu di berikan jeketnya pada Delaila. Oleh kerana saiz nya agak besar maka bolehlah Delaila sarungkan dengan beg-begnya sekali. Alhamdulillah… “Abis kamu pakai apa Mie?” “Saya ada rain coat satu lagi” Tetiba Han bersuara dalam nada bergurau “aku nak pinjam kau tak bagi ye. Kalau Delaila…. dia tak minta pun kau bagi” “Rileklah Han” jawap Mie “Delaila binti kau bin. Kalau kau binti gerenti aku kasi he…he…he…”

Kami tiba di simpang rimba pada pukul 5.30 ptg dan setelah melepaskan lelah seketika kami meneruskan perjalanan masuk ke jalan hutan. Abang Rashid meminta Nor jalan depan sambil menaburkan kertas tapi apabila tiba di puncak yang sepatutnya turun ke kanan, Nor dan beberapa orang lagi telah terus naik ke atas. Abang Rashid yang berjalan dibelakang sekali terperasan di simpang itu sepatutnya menurun kanan ke bawah tetapi taburan kertas pula menunjukkan peserta depan masuk ke simpang kiri . Setelah di jerit oleh Abang baru mereka berpatah balik.

Kali ini kami jalan agak santai dan rilek. Kami tidak perlu berhempas pulas untuk sampai ke sesatu tempat. Kalau kami rasa nak berhenti kami berhenti. Seronok gak jalan cam ni tak rasa tertekan. Lagipun kami ada teman baru iaitu Delaila dan teman yang dah agak lama tak mendaki iaitu Ros mengikuti XPDC kali ini, jadi kami tak nak push….. sebaliknya enjoy . “Abang tak ikut skali Ros” tanya saya. “Abang kerja….. Ros cakap ngan dia Ros nak ikut gak abang Rashid gi Bunga Buah. Tak kira…. nak gak”

Kami sampai di last water point pada pukul 6.15 ptg . “Siapa yang kamu bawa ni Fazlee?” “Adik ipar saya. Dah lama dia merengek nak ikut saya panjat gunung baru kali ni saya bawak dia. Tak lena tidur dia sebab terlalu excited.” Jawap Fazli. “Kalau camtu suruh dia bawa 3 botol air. Boleh gitu?” saran saya dalam nada bergurau. Setelah kami tambahkan bebanan beg dengan dua botol air seorang kami pun meneruskan perjalanan.

Kami sampai di puncak batu lebih kurang pukul 7.20 ptg. Kami mengambil keputusan untuk berehat di sini kerana Wan kekejangan otot dan juga untuk menghormati waktu maghrib. Cantik juga pemandangan di sini dengan kawasan yang bersih dan agak lapang dan dengan batunya yang unik juga dengan angin sejuk cuba menerobos baju yang di pakai. Pada pukul 7.45 kami meneruskan perjalanan dan setelah 10/15 minit berjalan Nor pulak cramp. Setelah R&R dia boleh memulakan langkah kembali. Mungkin cuaca yang agak sejuk dan berhenti agak lama merupakan faktor utama.

Kami tiba di puncak Bunga Buah lebih kurang pukul 8.30 malam. 2/3 minit sebelum sampai puncak di satu kawasan yang agak terlindung kami terjumpa dengan 2 orang teman yang amat kami kenali. Jeng…jeng….jeng…. Seronoknya…Tak sangka…Bertambah meriah lah lagi puncak ni…Mereka memang menanti kedatangan kami dan kami di sambut dengan teh sumi panas…

Sesampai saje di puncak walaupun gerimis masih mengundang acara memunggah barang dan menaikkan fly dan kemah di lakukan. Riuh rendah bunyinya…apalagi dengan lagu fav Peter Pan berkumandang di radio.

Kami start masak pukul 9 lebih. Oleh kerana ramai yang menolong masak malam ini jadi dalam lebih kurang pukul 10 kami sudahpun berkumpul untuk menikmati makan malam. Menu malam itu ialah Tom Yam dan Daging Goring Halia. Lepas makan kami berbual-bual kosong. “ Tak pa Bang… Kuota ada 3 lagi kosong. Saya tak cakap ngan akak aih!” Kata Rustam pada Abang iparnya.

Oleh kerana semuanya rajin pikul air jadi malam itu kami mewah air. Sambil berbual… masak air lagi nak bancuh kopi tongkat Ali CNI yang dibawa oleh bang Rashid tapi sebenarnya di sponsor oleh rakan dari Singapura . Pergh ! pekena pulak ngan kek dan jem tart sebagai Dessert . Teman-teman dari S'pore pula kalau naik gunung dan tak menggoreng cekodok bukan naik gunung namanya. Mentang-mentanglah XPDC santai jadi malam ini adalah acara makan marathon. Lepas makan, makan, makan dan makan lagi.. Tak tahu dah mana nak sumbat…

Nak dekat pukul 12 malam Abang Rashid mengajak untuk ke puncak bearoot. Tentu menarik pemandangan kerana hujan dah berhenti dan langit pun nampak cerah.

Di langit bulan mengambang penuh dan paling unik sekali apabila nampak lingkaran bulat di sekelilingnya. Oleh kerana mata belum rasa mengantuk maka kami pun berduyun-duyun menuju puncak. Macam akademi fantasia lah pulak. Si Al tak habis-habis nak cari line. Apa taknya belum punch card lagi beb. Cakap ngan buah hati kat atas ada line dan janji nak tipon tapi kesian dia line tu ada tapi lari-lari lah pulak. Dalam hati risau takut buah hati merajuk nanti tak kasi naik gunung lagi. Abang Rashid dan Fazli bertungkus lumus carikan line dan akhirnya … orang bercinta bercakap tak yah dengarlah…lega Al….

Seronok juga kerana dalam kesamaran malam kami cuba meneka bangunan apa, jalan apa, bukit apa dan apa yang ada di Lembah Kelang itu. Rasanya si Shuq lah yang paling pakar dalam bab-bab meneka ni… Semua daerah dan ceruk rantau dia tahu,,,,Cayalah…

Dah lama dah di puncak ni tetiba ada yang bersuara “tak nak balik kemah ke…? Nak tunggu KL tutup lampu ye baru nak tidor….. ??????”

Malam tu kami tidur dengan nyenyak sekali. Apa taknya terasa macam tidur dalam banglo. Luas. Tapi kesian kawan yang seorang tu. Tidur dalam kemah tapi menggelatuk kesejukan. Lain kali ingat ya dik kalau namanya gunung dan kalau ada orang kata tak berapa sejuk bawak jerlah apa-apa yang patut. Jangan jadi macam ari tu : ).

AHAD - 20 MAC 2005

Se awal pukul 6.30 Nor dan Delaila dah bangun. “Nape bangun awal dik? Lepas solat nak tolong buat breakfast ke?”

Apabila semua teman dah mulai bangun maka saya pun terpaksa lah bangun. Baru nak rilek dah nak kena turun. Reramai bergotong royong masak breakfast iaitu hot dog, baked bean, omelet dan roti telur dan juga teh tarik. Hari ini kita breakfast ala omputih. Lepas breakfast acara suai kenal di lakukan. Hari ini kami mendengar kisah sedih Si Wan. Menurut Mie dan Han selama kenal dengan Wan mereka tak pernah dengar cerita versi ini. Kami yang mendengar…. lopong mulut. Bertuah betul tau. Rupa-rupanya dengan muka selamba kami di goreng hidup-hidup. Dan kami pula mati-mati percaya. Camane ni mati-hidup….hidup-mati….Emmmm….gasaklah labu.

Setelah semuanya selesai… barang dah kemas, fly dan kemah dah di turunkan, baju dah tukar dan bag dah pack, kami semua sekali lagi menuju puncak untuk bergambar kenangan. Yelah mana lah tahu entah bila lagi nak datang sini. Kalau datang pun mungkin dengan teman yang lain pula.

Tepat pukul 11.12 pagi kami memulakan langkah untuk menuruni Gunung Bunga Buah. Janji untuk take 5 di 2 buah tempat iaitu puncak batu untuk bergambar dan pangkin bawah. “ Jejaka Misteri! Jangan lah letak muka kat celah pokok tu… Nampak macam koala bear lah… Cute jer…”

Kami tiba di pintu rimba pada pukul 1.14 ptg dan meneruskan perjalanan ke pintu gate kuari. Hujan lagi… Kelam kabut keluarkan baju hujan. Pegi hujan ….balik pun hujan…

Oklah tu ..Tak lah melepuh kaki kalau jalan di trek tar tengah panas. Tak gitu?

“Alhamdulillah… tak sesia saya bawa payung kali ni kak. Selalunya mana saya ada penah bawa payung. Delaila! Meh jalan ngan abang meh… nanti basah… Abang ada payuuuuung…” jerit Khairul pada Delaila…

Setelah semuanya selamat tiba dan berkumpul di pintu gate kuari, Abang Rashid sarankan agar kita berkumpul di Genting Sempah untuk mandi dan makan tengah hari.

Apabila semuanya dah siap mandi dan berkumpul di kedai makan rupa-rupanya ada 2 buah kereta telah terlajak ke R&R Gombak. Abang Rashid kata tak apalah kamu makan di sana dan kami makan di sini. Nanti kita jumpa di R&R Gombak.

On the way nak ke R&R Gombak hujan turun dengan lebatnya. Alahamdulilllah kami dah selamat turun. Kalau tak….mungkin kena hujan di gunung.

Setelah bersalam-salaman dan bermaaf-maafan kami pun berpecah dan menuju haluan masing-masing. Setelah berhentikan Syuq di Taman Melawati dan Delaila di LRT Cempaka, teman dari S'pore mengikuti kami pulang ke rumah. Tepat jam 6.20ptg Suhaimi , Hanz & Siswan berlepas ke Singapura . Entah jam berapa pula mereka nak sampai ke sana? Harap2 mereka semua selamat pulang .

Pendakian kali ini meninggalkan seribu kenangan yang tak mudah kami lupakan walaupun hanya pendakian 2 hari .

Kerjasama , kemesraan dan persahabatan yang kami jalinkan ini diharapkan akan berterusan . Insya Allah .