Oleh - Engku Norlie
salam sejahtera dan salam kesejukan dan keletihan lagi kehitaman macam daging burger kena bakar buat semua geng yang telah menyertai xtvt balas dendam membara air terjun tiruk berkelah maran pahang darul makmur dan sentosa lagi aman damai tapi bukan hospital damai..har har har.oklah aku malas nak merepek pepanjang lebar so aku nak mulakan hikayat merong mahawangsa aku.
4 april 2003
dalam kol 9.45 malam aku, lipan dan lipan2 telah bertolak dari sentol ke markas berkumpul ahli berkelah iaitu di LRT masjid jamek. Dalam kol 10.10 kami pun sampai ke LRT masjid jamek dan kelihatan beberapa ahli telah pun menunjukkan batang hidung memasing. semua dok berbual kosong je sambil menunggu beberapa ahli lain yang belum sampai. Di sini semua ahli di kehendaki membawa bekalan makanan yang telah di sediakan oleh pihak pengurusan iaitu ayam bbq,gula,milo,daging sosej, baked bean(yang nie aku punya) dan bermacam² lagilah barangan yang di beli di CARE4 WANGSAMAJU telah dibahagikan ke dalam beberapa beg.dalam kol 10.45 semua ahli berkonvoi beramai² menuju ke hentian pudu raya sambil berjalan kaki.
setibanye kat pudu raya semua penguni pudu raya melihat ahli berkelah seperti melihat model iklan live's sedang memperagakan pakaian.. mana tidaknye semua budak bawak beg besar gabak.. cuma si lipan2 dan si "tulun" saje yang bawak beg kecik..hahahaha kes taknak bawak rations lah tu..ahaks!!!. so kita semua dapat satu port baik punya iaitu di hadapan pondok polis di pudu raya tersebut. nasib baik bebeudak nie tak pasang flysheet kat situ..ahaks!!. so time nielah semua dok membeli air minerallah, beli kocilah dan bermacam² jenis makananlah untuk di bawa sebagai "jajan" di atas bas nanti.tengah syok dok melepak menunggu waktu untuk berlepas presiden melayu.com Abe dan ajib selaku ahli yang tarik diri dari xtvt berkelah sempat meluangkan masa beramah mesra bersama rakyat jelata xtvt berkelah. pssst Abe pancing undi ka?? wakakakaakak. jam menunjukkan kol 11.50 dan semua ahli telah bergerak menuju ke platform transnational yang telah di tetapkan. maka berpoyo²lah sekali lagi ahli xpdc mengangkat beg yang besor gabak tu ke platform dan memasukkan beg kedalam tempat menyimpan beg.akan tetapi dalam keghairahan ahli xpdc memasukkan beg kedalam tempat simpanan beg aku dapat merasakan sesuatu yang tidak kena iaitu kelihatan penumpang di dalam bas penuh hingga kebelakang sedangkan bilangan ahli xpdc melayu.com hampir mencecah 21 org. hati ku tertanya² " uik!! ada space ke untuk berok² nie semua nak duduk nanti" . dalam pada yang sama kelihatan beberapa ahli xpdc telah mula menaiki bas dengan wajah yang penuh ceria sekali dan aku terus ke hadapan bas untuk mencari kepastian. alangkah terkejutnya aku apabila papantanda pada bas tertera perkataan "KUALA LUMPUR PENANG" .wakakakakak apa lagi semua ahli bantai ketawalah sebab dah tersalah bas..heheheh so terpaksalah keluarkan semua beg semula. so lepas tu kita semua naik bas yang sememangnya kompem ke kuantan tepat pada jam 12.10 minit kalau tak silap aku lah..hehehehe. zzzzzzzzzZzZzZzZz semua tido.
5 april 2003
4.30 pagi kita semua sampai ke destinasi iaitu tepi jalan raya..wakakakakak lepak kat kedai abg yang bakal membawa kita semua naik lori tanah. time nie semua bersiap sedia menukar pakaian yang sesuai. kita semua tak dapat bergerak awal ke pintu gerbang berkelah kerana terpaksa menunggu seorang lagi ahli yang tercicir iaitu si fauzi husin(apa barang naik bas) . dalam jangka masa 45 minit si fauzi husin pun sampai dan tanpa banyak membuang masa kita semua mengangkat beg keatas lori untuk menuju ke pintu gerbang air terjun berkelah. Dalam pada mengangkat beg inilah terbongkar satu rahsia yang misteri.. lagi misteri dari misteri nusantara ,iaitu beg POGOLIX yang kelihatan besar dan padat lagi padu dan berat rupanya tidak lah seberat yang di sangkakan.. maka bersuaralah si tojen.. " mak aii beg siapa nie wei.. ringan nak amposssssss" dan ketika itu kelihatan "pogilox" sempat melemparkan senyuman kambing tanda bersalah.. "the hehehehhe beg aku" kata pogolix ahaks!!.
8.00 pagi kita semua sempat menjalankan senaman ringan setelah bersarapan pagi yang telah di taja oleh kumpulan wanita the bonds yang di anggotai oleh nuryta,chim,erin selaku chip the bonds, uglysister, cipoi dan berapa lagi ahli lelaki yang menyibuk menolong, tolong tengok dan tolong makan.heehheheh. perjalan telah di dahului oleh jimi dan fauzi husin(jwok) selaku runner xpedc ini. mereka di tugaskan untuk mencari post yang best dan di tugaskan memasang apa² yang patut di tempat kejadian nanti. 8.30 semua sempat mengambil gamba sebagai kenangan permulaan perjalanan dan perjalanan pada pagi itu secara rasminye telah di mulakan oleh teruna hensem saudara UGLY keh keh keh sambil video cam di ambil oleh saudara lipan. permulaan perjalan amat mudah semudah menyapu mentega di roti gardiniar dan pada 10 minit seterusnye perjalanan telah memasuki ke kawasan hutan dan meliputi lereng bukit yang curam serta meredah air sungai yang deras serta jernih. ketika ini dapatlah kita lihat muka masing² dan macam jenis. ada yang muka tersengeh kambing.. ada yang dah masam macam cuka dan ada gak jenis muka yang takde perasaan, happy je..hehehehheh. sempatlah kita semua berhenti sekejap di kolam 4 kalau tak silap bergambar dan melepaskan penat lelah untuk 5 minit dan perjalanan di teruskan.
kita tiba kat camp site dalam kol 10.00 pagi kalau tak silap dan masa sampai sana semua dah tersergam indah, fly sheet dan beberapa khemah telah di pasang oleh jimi dan fauzi husin. so kita semua just letak barang dan berkemas apa² yang patut. seperti biasa bagi geng the bonds bersiap sedia untuk masak makan tengahhari. kali ini cik nurytot kita mempersembahkan resipi dari perak iaitu ayam masak kicap dan juga sayur bunga kobis putih dan hijau oleh cik puan lipan kita. aku, lipan, jimi, hasan dan perindu terpaksa mencari kayu api untuk kegunaan camp fire pada belah malam nanti. bagi yang tak de kerja tu derang semua tidak melepaskan peluang untuk menerendamkan diri di dalam kolam 7. selepas je masak geng the bonds semuanya telah turut serta untuk merendamkan diri ke dalam sungai. perrrghhhhhhhh keindahan dan keunikan alam semula jadi sememangnya memukau mata para ahli berkelah. selepas mandi dan makan semuanye mengalami satu isu yang sama iaitu mengantok..heeheheheheh so ada lah juga dua tiga kerat yang memang dah terlalu letih di tambah pula dengan masakan yang sedap dari geng the bonds mengambil kesempatan untuk melayarkan bahtera.. apa lagi tidooooooo ZzZzzZzzzzzzzzzzzzZzZzZZ!!!!
di sebelah petangnye aku, tojen,chim,cipoi,the sister,erin,pogolix dan chilut telah meluangkan masa untuk menziarah kolah ke 8 yang berada di atas tempat kita semua lepak.. perrrghhhhhh ikut track gie serundum , punyalah susah beb.. terpaksa memanjat.. di sebabkan semangat dari chilut yang nak bawa ahli yang tak pernah pergi maka aku kuatkan juga semangat.. sampai kat atas tu memang cun tahap gaban. 2 jam kitaorang semua melepak kat atas tu mandi, main nyelam dan sessi bergambo..wakakakaakka. sempatlah juga aksi romantis oleh ehem².heheehehhe korang sendri tau lah kot.. malas aku nak sebut nama.wakakakaakakkaka.
malam tu tak banyak benda yang best cuma xtvt BBQ oleh chef yang di jemut khas dari kajang mr chilut. api bbq yang di buatnye mengalahkan api kebakaran umah setinggan di waktu panas terik sehinggakan beberapa biji burger menjadi arang wakakakaka. so malam tu semua nampak puas hati dapat makan ayam bbq dan juga burger bakar arang.lepas makan semua dan terbontang biji mata.. si chilut terpaksa balik kl malam tu jugak.. aku tengok muka erin sedih je.. hehehe apasal yerk dia nampak sedih dan sugul? kekekeke .so bagi mereleks kan diri memasing aku buatlah satu game budus je.. iaitu main tulis ats kertas dan sambung ayat. bermacam² ayat keluar dan ayat yang paling terpahat di ingataan adalah "whitecabai melepaskan tali pusat *** dan *** di belakang pokok di hari raya". lepas main game kitaorang gie baring tepi sungai sambil melihat bintang² berkelipan dan sesekali dapat melihat tohi bintang yang jatuh. but buat rejo dia sangat bertuah dapat melihat bintang merah kat tepi pokok..heheheheheh eeeeeee seram!!. malam tu seperti xtvt baiasa ada beberapa gruop yang tak tido bersendeloka bersama singer sambil berbual cerita agama, cerita sx, cerita badol dan cerita sejarah dan geografi heehehehhe.
6 april 2003
pagi yang hening itu aku di kejutkan oleh celoteh jimi dan pogolix menyediakan sarapan pagi.. tapi untuk derang berdua jelah...sebelum sarapan satu lagi isu yang menjadi perbualan hangat adalah.. "ko berak mana tadi?" itu merupakan ayat paling popular di pagi hari.. memasing mencari port untuk melepaskan segala tohi di dalam bondtot hehehehe .pagi tu sarapan pagi kita semua adalah sosej 90 batang bersama pasta goreng dan mee gedik goreng yang telah di sediakan oleh The Bonds . aku, rayzaw, perindu dan cipoi melepak kat atas batu sambil menikmati kelazatan sosej dan mee gedik sambil memakan baked bean yang aku seludup dari care4 heehheeheh. lepas je makan sarapan org pertama yang turun mandi siapa lagi kalau bukan si lipan.wakakakaak dialah raja mandi terjun tiruk, kuak lentang, kuak kupu², gaya bebas serta gaya lemas pun ada..hehehehe alhamdulillah semuanye selamat. bagi ratu air aku kasi kat si rangga aka ida aka buttercup..kekekekeek. aku dengar siap bukak salon kat berkelah dok gunting rambut si dilla wizie heheeheheh. aktiviti syampoo rambut secara kereta api pun ada wakakakakaka . kol 11 pagi semua dah bersiap sedia naik ke camp site untuk berkemas dan sebelum bertolak balik kita semua sempat mempergakan pakaian beragam. ugly dengan kilt scotland celupnye, rayzaw dengan budak 6 tahun lepas bersunat, cipoi macam nak gie beraya, kukrak macam penjaga rumah hantu, lipan tok kadi gatai nak kawin, jimi pengantin lelaki, tojen ahli sukan xtrem, uglysister pengantin pompuan heheeheheh. bagi yang lain tu just jadi pemerhati bebas je..hehehehe ramai yang bawak baju beragam cuma ramai yg dah hilang mood nak pakai baju sebab keletihan..hehehehe. bertyolak turun ke pintu gerbang dalam kul 1 tghari dan tiba di kolam 4 untuk bermandi manda buat kali ke terakhir dalam kol 1.40 tghari. kita semua naik lori untuk ke jalan besar dalam kol 3.00. makan dan minum di kedai abg yang bawak lori tu..kita semua naik bas untuk balik ke kl dalam kol 5.05 petang dan kali nie memang bas betul dari kuantan.. bukan dari penang..heheeheheheh. dalam bas semua gila babas bergamba.. suara paling kuat siapa lagi.. kalau ketua the bond si erin..wakaakakakakak.
aku tido sekejap dan tak banyak benda yang aku tau apa yg terjadi dalam bas .. but yg aku sedar jalan jam masa kat karak sehinggakan kita semua sampai lewat ke kl. sampao kl dalam kol 10.20 malam dan seperti biasa si ajib budak yang tarik diri tu datang menjemput dan sekali gus menjadi tukang ambik gambo bagi semua ahli berkelah yang berjaya menamatkan xtvt ini dengan jayanye. buat semua syabbassssssssssssssssssssssss.
Sekilas Pandang
ugly
berjaya membawa bear dan seluar glow in the dark wakakaakakka
lipan
raja mandi dan terjun tiruk sehinggakan aku tengok naik bertambah buncit perut dia
lipan2
dia ni pun kaki mandi gak.. cuma tak sehebat laki dia..kekekekek
tojen
ketua projek yang berjaya membawa anak buahnye naik bas nak gie penang..wakakakakakakaka
chilut
balik memalam buta sengsorang ke kl.. perrghhhhhhh kalau aku kasi seribu pun blom tentu aku berani
erin
volume sore tak leh slow langsung.. dia sebut "syyyyyyyyy" pun still bunyi bising hahahaha
rangga aka ida aka buttercup
bukan salon kecantikan kat camp site heehheeheheh
amna
menyanyi dalam sungai dengan mendendangkan lagu bertajuk "tolong"
pogolix
berjaya mengaburi mata pandangan masyarakat dengan mambawa beg yang keliohatan berat dan padat tetapi ringan..kekeke magic oooooooo
kukrak
sweeper kita yang berjaya dan berjaya menggayakan aksi anjing laut bersantai di tepi batu..heheehhehe
cipoi
puteri buluh betong hehehehehe mana cermin maata JLo aku..ahaks!!!
Mc Chiken ahaks!!
katak comei
dah tersengguk² masa kat hentian temerloh.. terlalu mengantuk
wizie
senyapppp je.. dok melepak kat tepi sungai..heheheeheheh
lissa
model fauzi husin heheeheheh.. siap main henset dalam bas.. screen biru beb!! kekekeekkee
fauzi husin
fotografer yang bertauliah.. dia pandai ambik gamba lissa je..jekekekeke
chim
di lamat hasan ayat di dalam air hahahahahaha
uglysister
the sister aku yang sempoi..heheheeh jadi pengantin pompuan di air terjun berkelah
hassanayat
beromantika kat dalam air.. siap kasi bunga sama chim...
rayzaw
budak jb yang gedik dan perasan kiut.. weekkkkkkk meluat i..heehheeheheh
nuryta
tukang masak daging kicvap ala perak.. perrghhhh macho oooooo sama mau ambik dia bikin menantu?kekeke aku chop dia nak bikin menantu..wakakakak
perindu
layan blues pepagi buta kat atas batu.. teringat awek ler tu..hahahahahha
jimi
suka sangat tengok bontot ugly time ugly melakukan snokling gaya bebas..
wassalam
disediakan oleh,
Engku Norlie Tengku Kadak