>>

 

 

REKREASI MELAYU.COM
Rekreasi melayu.com di tubuhkan melalui laman web www.melayu.com. Bermula pada tahun 2000 melayu.com telah mengadakan pelbagai aktiviti perkhemahan dan pada tahun 2002 melayu.com telah mengembangkan aktiviti berbentuk perkhemahan kepada aktiviti pendakian, terdapat sebuah forum di dalam melayu.com yang di gelar sembang aktiviti dan sukan yang di kendalikan oleh saudara betterman, melalui sembang tersebutlah saudara betterman mengumpul ahli yang berminat dalam arena pendakian untuk menyertai pendakian pertama melayu.com ke Gunung Irau.

Bermula dari situlah RMDC mula mengaktikan aktiviti mereka ke beberapa gunung yang terdapat di semenanjung malaysia. Setelah setahun, barulah secara rasminya betterman telah di lantik selaku penyelaras Biro Rekreasi melayu.com dan beliau telah melantik ahli jawatan kuasa untuk menubuhkan REKREASI MELAYU.COM secara rasmi.

+ laman web rasmi RMDC